UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

14 APRIL 2022 (KUANTAN) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan hari ini menyerahkan Bangunan Canselori UnIPSAS kepada pelanggannya Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang dalam Majlis Penyerahan Cadangan Naik Taraf Bangunan Menara Hikmah Sebagai Bangunan Canselori UnIPSAS.

Serahan dilakukan oleh Jurutera Daerah Kuantan, Puan Ir. Azlizu Binti Baharuddin kepada Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Dalam ucapannya, Ir. Azlizu menyatakan rasa gembira kerana projek ini dapat disiapkan walaupun berhadapan dengan situasi wabak dan bencana banjir. Sementara itu, Dato’ Hj. Mohd Zawavi pula menyatakan hasrat UnIPSAS untuk memiliki Bangunan Canselori telah dimakbulkan sesuai dengan status sebagai sebuah universiti penuh.

Projek naik taraf yang bernilai RM1.5 juta dan mengambil masa 5 bulan itu merangkumi kerja-kerja naik taraf Lobi Pentadiran, Ruang Makan VIP, Dewan Senat, Pejabat Pengurusan Kanan, Bilik Canselor, Bilik Naib Canselor, Bilik Mesyuarat serta membina baru bangunan melibatkan Laluan Berbumbung dan Kantin.

Loading...