UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

BAHAGIAN KUALITI

  Visi

   Untuk menjadi pusat kualiti yang berintegriti

Misi

Menjamin kualiti proses teras dan penyampaian perkhidmatan melalui Sistem Pengurusan Kualiti bagi kecemerlangan organisasi.

Objektif

  • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UnIPSAS berdasarkan piawaian ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.
  • Merancang dan membantu menyelaraskan program-program kualiti serta memastikan pematuhan terhadap akta, garis panduan dan standard yang ditetapkan.
  • Menyelaras dan mengawal tindakan untuk proses penambahbaikan berterusan.
  • Mendapat dan menyebarkan maklumat berkaitan kualiti kepada semua anggota kerja UnIPSAS.
  • Berperanan sebagai penghubung dengan pihak luar dalam mengendalikan aktiviti jaminan kualiti.
  • Melaporkan status terkini sistem pengurusan kualiti kepada pengurusan tertinggi  UnIPSAS

 

Skop

Merangkumi semua aktiviti berkaitan kualiti dan penambahbaikan berterusan.

UNIT ISO

Unit ini bertanggungjawab mengurus dan menyelaras prosedur sistem pengurusan kualiti serta memastikan pematuhan terhadap ISO 9001:2015 di setiap bahagian. Turut sama di dalam unit ini ialah Pegawai Dokumen, Pegawai Analisis Data, Pegawai Kajian Kepuasan Pelanggan dan Pegawai CAPA. Antara tugas lain unit ini:

 

  1. Memastikan urusan berkaitan dokumentasi Manual Kualiti, Prosedur Umum dan Prosedur Bahagian adalah terkini.
  2. Mengurus persediaan dan keperluan MKSP.
  3. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko (PPR).
  4. Mengurus analisis data dari semua objektif kualiti.
  5. Mengendali dan menganalisa kajian kepuasan pelanggan.
  6. Mengurus tindakan pembetulan.
  7. Pengurusan latihan/ kursus/ bengkel berkaitan ISO.

PELAN PENGURUSAN RISIKO (PPR) UnIPSAS

UNIT PENGAWASAN SYARIAH

Unit ini mempunyai ahli jawatankuasa syariah yang dilantik khas bagi menguruskan keperluan berkaitan dan pematuhan kepada piawaian MS1900:2014. Unit ini bertanggungjawab:

 

 

  1. Menyelaras keperluan dari segi pematuhan syariah ke atas semua aktiviti di UnIPSAS.
  2. Memantau pelaksanaan keperluan syariah dalam organisasi.

UNIT AUDIT DALAMAN

Unit ini bertanggungjawab:

  1. Merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti audit dalaman di UnIPSAS.
  2. Melaksanakan audit bahagian mengikut jadual.
  3. Menyediakan laporan audit setiap bahagian untuk   dibentangkan kepada pengurusan tertinggi dan untuk keperluan khusus contoh untuk audit ISO.

UNIT KUALITI AKADEMIK

Unit ini bertanggungjawab:

  1. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti berkaitan jaminan kualiti akademik bersama fakulti dan unit-unit lain yang berkaitan.
  2. Memastikan setiap program dan kursus mematuhi keperluan kualiti yang ditetapkan oleh agensi pengawal (JPT, MQA) dan badan professional yang berkaitan.
  3. Membantu fakulti dalam memantau aktiviti pengajaran, penilaian, penyemakan semula dan penambahbaikan berterusan program dan kursus.
  4. Merancang dan mengurus keperluan penarafan organisasi.
  5. Membantu proses peningkatan professionalisme pensyarah.

UNIT PERSEKITARAN KUALITI (QE)

Inisiatif persekitaran berkualiti diwujudkan untuk menggalakkan persekitaran pembelajaran kondusif untuk pelajar dan persekitaran yang produktif untuk anggota kerja UnIPSAS.  Unit ini bertanggungjawab untuk:

 

 

  1. Merancang dan mengurus aktiviti Anugerah Kualiti.
  2. Merancang dan melaksana amalan Persekitaran Berkualiti.
Loading...