UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

APEL

APA ITU APEL

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU :

– APEL (A)
bagi tujuan Akses/Kemasukan ke Program Pengajian Tinggi

– APEL (C)
bagi tujuan Penganugerahan Kredit

 

APEL (A)

Memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Secara umumnya, penilaian APEL (A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.

 

Sehingga kini penilaian APEL (A)  telah dibuka untuk DUA tahap kemasukan iaitu:

-Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

-Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Mengapa APEL (A)?

  1. Memberi pengiktirafan untuk pembelajaran yang diperoleh dari sumber non-formal dan informal.
  2. Mengurangkan pengulangan dalam pembelajaran.
  3. Menggalakkan penyertaan orang dewasa dalam pendidikan tinggi dengan mengenali pengalaman belajar mereka sebelumnya.
  4. Mengurangkan masa dan kos untuk menyelesaikan program pengajian.
  5. Meningkatkan akses dan meluaskan penyertaan untuk pelajar bukan konvensional.
  6. Meningkatkan mobiliti dan kebolehpasaran.

Kadar Fi yang dikenakan kepada pelajar untuk penilaian APEL(A) ditetapkan oleh MQA:

  1. Sarjana Muda: RM250
  2. Sarjana: RM370

Permohonan untuk penilaian APEL

Calon pelajar perlu mengemukakan permohonan penilaian APEL(A) kepada MQA.

Maklumat lanjut mengenai APEL : https://www2.mqa.gov.my/APEL/

APEL T-6 (Ijazah Sarjana Muda)

– Warganegara Malaysia.

– Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan.

– Pengalaman dalam bidang berkaitan.

APEL T-7 (Ijazah Sarjana)

– Warganegara Malaysia.

– Berumur 30 tahun ke atas pada tarikh permohonan.

– Memiliki sekurang-kurangnya STPM / Diploma / setara.

– Pengalaman dalam bidang berkaitan.

APA ITU APEL.C?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL.C] adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.

FUNGSI APEL.C:

– Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;

– Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;

– Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan

– Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.

Loading...