UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Menyedari keperluan peningkatan peranan dan tanggungjawab UnIPSAS dalam bidang pendidikan, maka kami sentiasa berusaha untuk:

  1. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan responsif serta peka terhadap keperluan pelanggan.
  2. Meneruskan peningkatan prestasi institusi bagi menjamin kejayaan pencapaian falsafah dan matlamat penubuhan UnIPSAS
  3. Menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan agar sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan.
  4. Menentukan graduan yang dilahirkan berkualiti, mempunyai jati diri, mampu berdikari dan marketable.
  5. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah melalui program bimbingan dan kaunseling.
  6. Memastikan penyediaan kemudahan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.
  7. Mewujudkan suasana kerja yang mesra, harmoni dan saling menghormati dalam semangat ukhuwah Islamiah.
Loading...