UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

24 FEBRUARI 2022 (KUANTAN) – Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini b. Omar mengadakan Perjumpaan Bersama Pengurusan Kanan dan Anggota Kerja UnIPSAS sempena Lawatan Kerja ke UnIPSAS pada hari ini.

Delegasi beliau disertai oleh YBrs. Dr. Wan Baharudin Bin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Standard Swasta, Encik Mat Hassan Bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren bin Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, YBhg. Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Pengarah Bahagian Governan IPTA dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Pengarah Bahagian Education Malaysia.

Dalam Perjumpaan Bersama Pengurusan Kanan UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS memberikan taklimat perkembangan terkini UnIPSAS khususnya selepas dinaikkan taraf menjadi universiti penuh.

Program diteruskan dengan Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Anggota Kerja UnIPSAS di Dewan Sultan Ahmad Shah. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini menyentuh dan mengupas lanjut 7 Hala Tuju Strategik KPT Tahun 2022 sebagaimana yang disampaikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dalam Amanat Tahun 2022 baru-baru ini.

Sempena program ini juga turut disaksikan Penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Pelawat kepada YBrs. Prof. Dr. Fariza Md Sham dan Gimik Penyerahan Permohonan Penjana KPT-CAT.

Loading...