ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

Didoakan semoga saudara/saudari sentiasa sihat walafiat, selamat serta dilindungi Allah SWT hendaknya. Pihak UnIPSAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) serta layak dianugerahkan diploma/ijazah sempena Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS.

JEMPUTAN MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UnIPSAS DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen Kali Ke-22 UnIPSAS akan berlangsung pada 17 November 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Sehubungan dengan itu, saudara/i dan dua (2) orang ahli keluarga dijemput untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS.

Dimaklumkan juga bahawa Majlis Raptai bagi Istiadat Konvokesyen Ke-22 akan diadakan pada 16 November 2025 (Ahad) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Kuantan pada jam 9.30 pagi, berpakaian sopan menutup aurat.

Graduan dikehendaki menyemak senarai nama graduan sebelum mengesahkan kehadiran di pautan berikut:

Pengesahan kehadiran graduan ke Istiadat Konvokesyen Ke-22 boleh disahkan di pautan berikut:

Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat sebelum 07 November 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang. Pengesahan kehadiran graduan adalah muktamad dan tidak dibenarkan menukar status selepas tarikh tutup pengesahan kehadiran.

Graduan boleh memuat turun Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS, Senarai Nama Graduan dan Buku Panduan dan Peraturan Istiadat Konvokesyen di pautan yang tersedia dibawah.

Diharapkan semua graduan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengesahkan kehadiran masing-masing. Terima kasih.
Tahniah atas kejayaan yang cemerlang. Anda kebanggaan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)!

-JK Jemputan Graduan 2025-

PENUTUPAN PENGESAHAN KEHADIRAN & PEMAKLUMAN TERTIB ACARA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UnIPSAS

Assalamualaikum wrt wbt,
Didoakan semoga saudara/saudari sentiasa sihat walafiat, selamat serta dilindungi oleh Allah SWT hendaknya.

Dimaklumkan bahawa hari ini (07 November 2025) merupakan hari terakhir pengesahan kehadiran graduan ke Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS.

Diharapkan agar semua graduan yang belum mengesahkan kehadiran dapat memberi kerjasama sebaiknya dengan mengesahkan kehadiran masing-masing sebelum jam 5.00 petang di pautan berikut:

Pengesahan kehadiran graduan adalah muktamad dan tidak dibenarkan menukar status selepas tarikh tutup pengesahan kehadiran.

Graduan juga boleh memuat turun Tertib Acara Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS untuk rujukan perjalanan Istiadat di dipautan berikut : Tertib Acara Istiadat Konvokesyen

Semoga dipermudahkan segala urusan semua graduan UnIPSAS dan urusan Istiadat Konvokesyen dilancarkan oleh Allah SWT. Terima kasih.

-JK Jemputan Graduan 2025-

PANDUAN GRADUAN | ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UnIPSAS

Panduan Graduan
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok