Masyarakat moden dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk dalam bentuk masalah sosial mengenai individu, keluarga, dan kerjaya. Salah satu strategi penting untuk menangani cabaran masalah sosial yang kian runcing ini adalah menerusi perkhidmatan kaunseling. Justeru itu, selari dengan keperluan tersebut maka Harmony Centre UnIPSAS perlu ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan sebarang bentuk perkhidmatan nasihat ataupun konsultasi.
MATLAMAT
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang holistik, mempromosikan kesejahteraan emosi, perkembangan rohani, dan pembangunan diri untuk individu, keluarga dan komuniti berpandukan prinsip-prinsip Islam.
RASIONAL PENUBUHAN
Bagi menjadi hub utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Negeri Pahang selari dengan hasrat Ahli Lembaga Pengelola UnIPSAS untuk menubuhkan satu pusat kaunseling Islam yang akan menjadi tumpuan masyarakat luar terutamanya di sekitar Negeri Pahang.
Menjadi pusat bagi menangani isu kehidupan secara holistik dengan mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam merangka strategi untuk isu-isu kehidupan yang pelbagai.
Menawarkan kursus/seminar/bengkel/sijil profesional berkaitan perkahwinan, kekeluargaan, kesihatan mental, intervensi krisis dan lain-lain berlandaskan kaunseling Islam.
PERKHIDMATAN HARMONY CENTRE UnIPSAS
Antara perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan bagi membimbing dan menyelesaikan masalah sosial masyarakat:
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Keluarga / Perkahwinan
Kaunseling Kerjaya
Konsultasi
Perkhidmatan Lain :
Khidmat Latihan dan Kursus Jangka Masa Pendek
Kursus Persijilan (berkaitan kemahiran kaunseling)
Mata Program Perkembangan Profesional (CPD) oleh Lembaga Kaunselor Malaysia
Kajian atau penyelidikan dalam bidang Kaunseling dan Psikologi
Kursus Pasca Perkahwinan 6. Bimbingan Psikospiritual
Memberi pendedahan melalui seminar, bengkel, kolokium dan lain-lain.