Polisi Antirasuah UnIPSAS

OBJEKTIF UnIPSAS

UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (UnIPSAS)

UnIPSAS komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah di kalangan AKU dalam aktiviti organisasi dan perhubungannya dengan pihak-pihak berkepentingan.

UnIPSAS mensasarkan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan komited untuk bertindak secara adil, profesional dan berintegriti dalam menyediakan perkhidmatan.

Polisi ini adalah sebagai sumber rujukan mengenai pencegahan rasuah, perlakuan rasuah dan mekanisme pelaporan.

Sehubungan dengan itu, UnIPSAS akan:

  • Menghalang AKU daripada meminta, menerima dan menawarkan sebarang bentuk rasuah atau apa-apa hadiah yang bertentangan dengan Polisi Tidak Menerima Rasuah;
  • Memahami dan mematuhi semua undang-undang, peraturan dan pekeliling berkaitan anti rasuah yang berkuatkuasa.
  • Memastikan semua AKU dan rakan niaga mematuhi polisi anti rasuah UniPSAS dan segala prosedur yang berkaitan pengurusan anti rasuah;
  • Menyediakan saluran aduan bagi sebarang tindakan rasuah yang disyaki selaras dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dan Polisi Pemberi Maklumat UnIPSAS;
  • Unit Integriti bertanggungjawab memantau pematuhan anti rasuah dan melaporkan kepada Pengurusan Atasan UnIPSAS.

Polisi ini terpakai kepada semua AKU. Setiap AKU adalah bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan melaksanakan Polisi ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran Polisi oleh AKU boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil oleh UnIPSAS mengikut polisi, prosedur, arahan dan garis panduan UnIPSAS dan/atau memulakan prosiding undang-undang terhadap AKU yang terlibat.

Polisi ini juga hendaklah dijadikan panduan oleh pemegang taruh, rakan niaga atau mana-mana individu / organisasi yang berurusan dengan AKU / fasiliti UnIPSAS dan perlu dipatuhi. Perlanggaran kepada polisi ini membolehkan tindakan undang-undang dan / atau tatatertib dikenakan kepada mereka yang terlibat.

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok