UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

KUANTAN, 15 DISEMBER 2023 – UnIPSAS telah menerima Anugerah Platinum bagi kategori Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) dalam Majlis Anugerah Pahang 1st yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri dalam kecemerlangan tadbir urus institusi dan agensi di negeri Pahang.

Sejumlah 89 penyertaan diterima untuk pencalonan Anugerah Pahang 1st 2023. Sebanyak 41 agensi yang telah menyertai pencalonan Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Apec) Pahang 1st 2023. Daripada jumlah tersebut 7 agensi yang mendapat anugerah tertinggi kategori iaitu PLATINUM termasuk UnIPSAS.

Naib Canselor UnIPSAS, YH Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) di atas komitmen, usaha dan budaya kerja cemerlang yang telah ditonjolkan. Beliau juga menyeru agar semua AKU bersama-sama meneruskan budaya kerja berkualiti dan berintegriti serta sentiasa memperbaiki kelemahan.

Semoga UnIPSAS terus melakar kejayaan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta berteraskan Islam tersohor di negeri ini.

Loading...