NOTIS MAKLUMAN KENAIKAN HARGA SEWAAN FASILITI UnIPSAS
Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.
Kepada: Para pelanggan yang dihormati.
Dimaklumkan bahawa, Pihak Pentadbiran UnIPSAS telah melaksanakan penetapan kadar harga baru sewaan fasiliti berkuatkuasa mulai 1 Februari 2025.
Penetapan kadar harga baru ini dilaksanakan berikutan implikasi peningkatan kos utiliti dan tenaga kerja yang perlu ditanggung oleh Pihak UnIPSAS bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.
Semoga perkara ini dalam makluman pihak Tuan/Puan. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan terhadap perkhidmatan kami.