Seminar Kupas Isu Gender Dalam Pendidikan

Tarikh: 19/07/2019

18 Julai 2019 (KUANTAN) – Seramai 450 orang peserta menghadiri Seminar Pendidikan Negeri Pahang 2019 yang diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium KUIPSAS. Seminar yang bermula jam 8.00 pagi ni dianjurkan bersama Dewan Pendidikan Majlis Dakwah Negara, Fakulti Pengajian Islam KUIPSAS dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Seminar sehari ini menampilkan tokoh-tokoh akademik dalam dunia pendidikan seperti YH. Dato’ Dr. Haji Ahmad Munawar bin Abdul Jalil (KUIPSAS), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Norazah binti Mohd Nordin (UKM), YBrs. Prof. Madya Dr. Mastura binti Badzis (UIAM), YBrs. Prof. Dr. Fariza binti Md Sham (UKM) dan YBrs. Ustazah Safiah binti Abdul Razak (KUIPSAS).

Pelbagai topik dikupas sepanjang seminar ini berlangsung. Di antara perbincangannya ialah cabaran Pendidikan Islam di negeri Pahang, kesesuaian teknologi pendidikan kepada pelajar lelaki, psikologi kanak-kanak dan kecenderungan gender, serta forum yang mengupas ketidakseimbangan gender dalam pendidikan dan kesannya kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Sebanyak 11 isi resolusi telah disepakati dalam seminar ini dan dibentangkan di hujung seminar. Resolusi ini akan diangkat kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam dunia pendidikan.

Seminar Pendidikan ini telah dirasmikan oleh YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan YDP MUIP. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ialah Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok