Penstrukturan Semula Mantapkan Organisasi KUIPSAS

Tarikh: 09/01/2020

8 Januari 2020 (KUANTAN) – Penstrukturan semula organisasi KUIPSAS diharap dapat memantapkan lagi KUIPSAS sebagai sebuah IPT yang kekal relevan dan lestari. Demikian menurut Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin ketika menyampaikan Amanat Rektor dalam Bengkel Penstrukturan Semula Organisasi KUIPSAS yang berakhir pada hari ini.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KUIPSAS dihadiri oleh semua Ahli Pengurusan KUIPSAS dan dikendalikan oleh Jabatan Sumber Manusia KUIPSAS. Pelbagai cadangan telah dibentangkan oleh setiap Fakulti Pengajian, Bahagian dan Jabatan bagi memantapkan organisasi sedia ada seperti penambahan dan rombakan kepada fungsi dan skop tugasan.

Penstrukturan semula ini dilihat tepat pada masanya selepas beberapa cadangan pengembangan fungsi KUIPSAS diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada hujung tahun lepas. Penstrukturan semula ini juga dilaksanakan bagi mencapai 14 Fokus dan Hala Tuju 2020 yang ditetapkan oleh Rektor KUIPSAS selain dilihat sebagai persediaan ke arah menjadikan KUIPSAS sebagai universiti penuh pada masa hadapan.

 

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok