Pemangku Raja Pahang Serah Surat Pelantikan Naib Canselor

Tarikh: 28/09/2021
28 SEPTEMBER 2021 (KUANTAN) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan surat pelantikan sebagai Naib Canselor kepada Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. Majlis diadakan di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 11.00 pagi.
Terdahulu daripada itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar serta YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.
Pelantikan Naib Canselor ini merupakan salah satu proses sebelum KUIPSAS menerima perakuan pendaftaran sebagai sebuah Universiti Penuh. Perakuan Pendaftaran sebagai Universiti Penuh dijangka akan diterima oleh KUIPSAS dalam masa yang terdekat.
Untuk rekod, KDYMM Pemangku Raja Pahang juga merupakan Canselor KUIPSAS.
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok