NC UnIPSAS Merasmikan Program Merawat Sungai

Tarikh: 10/06/2023

10 Jun 2023 (KUANTAN) – CSR EM MUDBALL : RIVER RETREAT PROGRAMME, Majlis dirasmikan oleh YH Naib Canselor UnIPSAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Amal MAKSAK Pahang.

Taklimat kepentingan dan fungsi Mudball di dalam perawatan air telah disampaikan oleh En. Abdullah bin Ismail, Pengarah EM Mudball Groups Sdn. Bhd. Beliau turut membuat demonstrasi pembuatan mudball dengan disertai oleh tetamu VVIP.

Sejumlah 500 biji mudball telah dilontar ke dalam Sungai Galing oleh Tetamu VVIP dan peserta.

Program ini telah mendapat liputan oleh pihak RTM dan disiarkan di dalam slot Berita RTM jam 6.00 petang pada 10 Jun 2023.. Pautan https://youtu.be/jRG-aIaqCsc

Program tamat pada jam 10.45 pagi.

Objektif Program :

  • Berkongsi pengetahuan bersama anggota MAKSAK teknik rawatan air menggunakan kaedah bioteknologi mikroorganisma berfaedah sebagai satu alternatif menyelesaikan masalah pencemaran air.
  • Mewujudkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dikalangan anggota MAKSAK dalam pemeliharaan sungai dan penjagaan alam sekitar khususnya untuk generasi akan datang.
  • Menyokong dan menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dan ESG.
  • Merapatkan ukhuwwah di kalangan anggota MAKSAK Pahang dan MAKSAK Malaysia.
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok