MPP UnIPSAS Dilantik Rakan Kongsi Strategi Gabungan Ngo Rasuah Busters

Tarikh: 28/06/2022

28 Jun 2022, Kuantan – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rasuah Busters Pahang berusaha mendidik masyarakat antirasuah dengan melaksanakan kempen memerangi jenayah itu di negeri ini.

Justeru itu, UnIPSAS bersama MPPUnIPSAS telah mengadakan perbincangan sebagai titik permulaan usaha sama dalam memberi kesedaran keapada masyarakat tentang bahaya rasuah khusus kepada golongan belia mahasiswa.

Perbincangan yang diadakan di Dewan Senat UnIPSAS itu telah dihadiri oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, YBhg. Puan Norhayati Nordin, Pensyarah Kanan UnIPSAS yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan NGO Rasuah Busters Pahang, YBhg. Encik Wan Emril Nizam bin Wan Embong. Manakala dari pihak MPPUnIPSAS telah diwakili oleh Presidennya Saudara Ali Imran bin Hassan, Timbalan MPPUnIPSAS, Saudari Aina Batrisyia binti Roslaziha dan beberapa exco yang lain.

Hasil daripada satu jam perbincangan tersebut, MPPUnIPSAS telah dilantik sebagai rakan kongsi strategi bersama Gabungan NGO Rasuah Busters. Selain itu juga, Naib Canselor bersetuju menjadikan UnIPSAS sebagai pusat untuk kolaborasi bersama Rasuah Busters dan pakatan strategi bagi program seminar Environmental, Social, and Governance (ESG) dari perspektif Islam dan dialog integriti.

Dalam pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, YBhg. Puan Norhayati Nordin memuji komitmen UnIPSAS menyertai audit AIGA (Integrity Governance and Anti – Corruption Awards), audit Anti – Bribery Management System dan Pematuhan ISO Syariah dalam pentadbiran universiti.

Semoga usaha murni ini sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak agar dapat dipraktikkan dalam urusan harian dalam apa jua keadaan serta pantas menyalurkan kepada masyarakat awam tentang bahayanya amalan rasuah yang boleh menghancurkan negara dan jati diri.

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok