(MOA) Penyelidikan Ensiklopedia Kajian Hadis Di Selangor Dan Pahang

Tarikh: 21/12/2020

KUANTAN – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan Ensiklopedia Kajian Hadis di Selangor dan Pahang di antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Majlis telah diadakan pada 21 Disember 2020 secara dalam talian. KUIPSAS diwakili oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin manakala KUIS diwakili oleh Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan, YBhg. Dr. Mokmin Bin Basri.
Penyelidikan ini akan dilaksanakan secara kerjasama di antara Akademi Hadis KUIPSAS dan Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), KUIS.
Tarikh : 21 Disember 2020 (Isnin) | Masa : 10.00 Pagi
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok