12 November 2019 (KUANTAN) – Anggota Pengurusan KUIPSAS mengikuti Kursus Pemantapan dan Ketrampilan Imej Profesional selama 2 hari. Kursus diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan Anggota Pengurusan KUIPSAS supaya boleh menampilkan diri dengan lebih profesional sekaligus meningkatkan imej baik KUIPSAS kepada masyarakat.
Kursus dikendalikan oleh MSQ Power Training melalui jurulatihnya iaitu Puan Hajjah Noor Karimah binti Harun dan Ustaz Haji Nor Naemi bin Md Som.
Dalam ucapan aluannya, Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin meminta Anggota Pengurusan KUIPSAS sentiasa menitik beratkan penampilan profesional dan ketrampilan diri yang berlandaskan kehendak syarak pada setiap masa. Beliau mengambil contoh peribadi Rasulullah SAW yang sentiasa berketrampilan terbaik dalam setiap urusan harian.