Kunjung Hormat UnIPSAS bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

Tarikh: 29/09/2025

PUTRAJAYA, 29 September 2025 – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, bagi membincangkan hala tuju serta transformasi UnIPSAS ke Universiti Al-Quran.

Delegasi Kerajaan Negeri Pahang diketuai oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir barisan kepimpinan UnIPSAS yang diketuai Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, bersama : Prof. Madya Dr. Mohd Fadlly Ismail (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Ahmad Effat Mokhtar (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Norahida binti Mohamed (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi), Dr. Mohamad Hafiz bin Dato’ Haji Yaakob (Pendaftar), Dr. Siti Nora’aeshah binti Zakari (Dekan Akademik Pengajian al-Quran & Sunnah).

Sesi ini turut dihadiri pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu : YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU) KPT, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi), YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan (Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi)

UnIPSAS turut merakamkan penghargaan kepada YH Dato’ Sri Ab Hamid bin Mohd Nazahar, Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, atas peranan sebagai pemudah cara dalam menjayakan pertemuan ini.

Pertemuan ini menjadi platform penting bagi UnIPSAS, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Negeri Pahang untuk merangka kerjasama strategik ke arah merealisasikan penubuhan Universiti Al-Quran.

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok