06 Januari 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS melantik dua orang Ketua Jabatan Pengajian yang baharu iaitu Pn. Norfadelah binti Nordin selaku Ketua Jabatan Dakwah dan En. Muhamad Fairuz bin Ali sebagai Ketua Jabatan Bahasa Arab. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 02 Januari 2020 bagi menggantikan Ketua Jabatan sedia ada iaitu En. Ainuddin bin Kamaruddin dan Pn. Nurizan binti Baharum.
Majlis ringkas Penyerahan Tugas telah diadakan pada hari ini yang disaksikan oleh YBrs. Dr. Muhamad Fadlly bin Ismail, Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS. Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada kedua-dua Ketua Jabatan Pengajian yang baharu.