25 Januari 2019 (KUANTAN) – Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) KUIPSAS selesai mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum Diploma Teknologi Maklumat dan Rangkaian selama dua hari dan berakhir pada hari ini. Bengkel diadakan bertujuan untuk menyemak secara terperinci dokumen diploma ini sekaligus mengemaskinikannya berdasarkan perkembangan semasa serta mematuhi Standard Program yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
Bengkel pemurnian ini dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Fakulti Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga merupakan Panel Akademik kepada program diploma ini.