UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

Pertandingan Inovasi & Rekacipta UnIPSAS 2024 “PIRCU’24”

MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI UnIPSAS 2024💡
_”Penyelidikan Berimpak Pemacu Transformasi Ummah”_
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) melalui Bahagian Penyelidikan & Inovasi akan menganjurkan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 buat julung kalinya seperti ketetapan yang berikut:
▪️Tarikh : 16-18 Julai 2024
▪️Tempat : Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya kecemerlangan dalam penyelidikan, penerbitan dan inovasi dalam kalangan penyelidik, pensyarah, guru, pelajar serta keterlibatan dengan komuniti yang lebih luas.
Pihak urus setia menjemput dan mempelawa semua yang berminat untuk menyertai aktiviti dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 berlangsung.
📌 Maklumat lanjut berkaitan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 boleh dirujuk di pautan https://researchweek.unipsas.edu.my/

 

 

Loading...