Bengkel Naik Taraf KUIPSAS Ke Universiti Penuh

Tarikh: 05/12/2020
5 Disember 2020 (PEKAN) – KUIPSAS komited untuk bergerak maju ke hadapan dalam sektor pengajan tinggi di negara ini. Untuk itu, KUIPSAS mengadakan Bengkel Naik Taraf Ke Universiti Penuh yang disertai oleh semua Pengurusan Kanan bertempat di Ancasa Royale Pekan.
Bengkel selama tiga hari itu dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin Dato’ Haji Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kokurikulum, Pusat Pendidikan Asas & Liberal, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengelola KUIPSAS telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Menaik Taraf KUIPSAS Kepada Universiti Penuh.
Bengkel memfokuskan kepada 14 kriteria yang perlu dipenuhi oleh KUIPSAS sebelum memohon menjadi sebuah universiti penuh. Semua kriteria telah disemak dan dibentangkan sebelum dijadikan dokumen penuh permohonan tersebut.
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok