6 Mac 2019 (KUANTAN) – Seramai 16 orang anggota kerja KUIPSAS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018 pada hari ini. Majlis yang diadakan di Dewan Utama KUIPSAS bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh semua anggota kerja KUIPSAS.
Seramai 16 orang telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia KUIPSAS untuk menerima ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018’ manakala 3 orang lagi menerima ‘Anugerah Kesetiaan KUIPSAS’ kerana telah setia berkhidmat lebih dari 20 tahun di KUIPSAS. Tahun ini juga KUIPSAS telah menyediakan ‘Anugerah Khas Rektor 2018′ yang diberikan kepada 11 orang anggota kerja KUIPSAS yang telah menunjukkan kesungguhan dalam membawa masuk pelajar baharu.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YH. Dato’ Haji Tarif bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan KUIPSAS merangkap Ahli Lembaga Pengarah SPIPSB. Turut hadir meraikan penerima anugerah ialah YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
#kuipsas #anugerah #apc #apc2018 #tahniah #welovekuipsas