21 Julai 2020 (MARAN) – Pengurusan Kanan KUIPSAS hari ini mengadakan Lawatan Kerja ke Ladang Bukit Bedong, Maran bagi melihat sendiri perkembangan semasa projek penanaman kelapa sawit. Ladang yang diusahakan bersama LKPP Corporation Sdn. Bhd. ini merupakan salah satu lokasi ladang sawit di seluruh negeri Pahang bertujuan untuk menjana sumber pendapatan KUIPSAS pada masa hadapan.
Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Pendaftar, Mejar Mohd Zamri bin Wahab telah diberikan taklimat kemajuan projek, dibawa melawat persekitaran ladang dan diberi peluang untuk menanam pokok sebagai tanda kenangan lawatan.
Sepanjang lawatan diadakan, delegasi KUIPSAS telah diberikan penerangan oleh Pengurus LKPP Corporation Sdn. Bhd. Ladang Batu 55 Maran, Tuan Haji Azhar Bin Mohd Salleh.