Pelajar UnIPSAS Terima Sumbangan Kerajaan Negeri Bagi Melanjut Pengajian Ke Universiti Al-Azhar Mesir

Tarikh: 24/09/2025

RAUB, 24 September 2025 – Seramai 60 pelajar dari negeri ini yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir menerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang berjumlah RM2,000 seorang dengan keseluruhan peruntukan bernilai RM120,000.

Daripada jumlah itu, 45 penerima adalah pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), empat pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan 11 pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak hingga berjaya menyambung pengajian ke luar negara. Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan soal pendidikan, malah pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak-anak Pahang mendapat peluang terbaik.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengarah JAIP, YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman dan Naib Canselor UnIPSAS, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin.

Kredit : Norhafizan Zulkifli ( Pahang Media )
Foto : Farizul Hafiz Awan ( Pahang Media )

crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok