Tujuh Tips Kekal Istiqamah Dalam Berhijrah

Tarikh: 13/08/2021
13 Ogos 2021 (KUANTAN) – Umat Islam perlu memasakkan niat yang jelas kerana Allah SWT dalam berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik sebagai seorang Muslim. Niat yang jelas akan mengekalkan kita dalam istiqamah selari dengan hadis Rasulullah SAW berkenaan hijrah adalah bergantung kepada niat yang betul.
Demikian menurut Ustazah Siti Marsitah Mohd Mokhtar, pensyarah Jabatan Dakwah KUIPSAS semasa menyampaikan Tazkirah Duha KUIPSAS secara dalam talian bertajuk ‘Tips Istiqamah Dalam Berhijrah’.
Menurutnya lagi, seorang Muslim perlu melazimi taubat kerana sifat manusia yang mudah lupa. Taubat akan membolehkan seseorang menyesali perbuatan lalu dan berazam untuk menjadi lebih baik.
Istiqamah berhijrah juga akan lebih berjaya jika dimulakan hijrah dengan perkara dan perbuatan yang mudah dan ringan. Hijrah yang terlalu drastik hanya akan membebankan diri. Kita tidak perlu tergesa-gesa dan tergopoh gapah kerana perbuatan tersebut adalah amalan syaitan.
Tips lain yang disampaikan oleh Ustazah Siti Marsitah ialah sentiasa berada dalam lingkungan yang baik, sentiasa menjaga solat, membanyakkan bacaan Al-Quran dan berdoa untuk terus istiqamah.
crosschevron-down
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok