UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (UnIPSAS)
UnIPSAS komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah di kalangan AKU dalam aktiviti organisasi dan perhubungannya dengan pihak-pihak berkepentingan.
UnIPSAS mensasarkan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan komited untuk bertindak secara adil, profesional dan berintegriti dalam menyediakan perkhidmatan.
Polisi ini adalah sebagai sumber rujukan mengenai pencegahan rasuah, perlakuan rasuah dan mekanisme pelaporan.
Sehubungan dengan itu, UnIPSAS akan:
Polisi ini terpakai kepada semua AKU. Setiap AKU adalah bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan melaksanakan Polisi ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran Polisi oleh AKU boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil oleh UnIPSAS mengikut polisi, prosedur, arahan dan garis panduan UnIPSAS dan/atau memulakan prosiding undang-undang terhadap AKU yang terlibat.
Polisi ini juga hendaklah dijadikan panduan oleh pemegang taruh, rakan niaga atau mana-mana individu / organisasi yang berurusan dengan AKU / fasiliti UnIPSAS dan perlu dipatuhi. Perlanggaran kepada polisi ini membolehkan tindakan undang-undang dan / atau tatatertib dikenakan kepada mereka yang terlibat.