UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

.

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19  UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH.

Didoakan semoga saudara/saudari sentiasa sihat walafiat, selamat serta dilindungi Allah SWT hendaknya. Pihak UnIPSAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas diatas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) serata layak dianugerahkan diploma/ijazah sempena Istiadat Konvokesyan Ke-19 UnIPSAS.

PERKARA 1: JEMPUTAN MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19 UnIPSAS DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

Sehubungan dengan itu, saudara/i dan Dua (2) orang ahli keluarga dijemput untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS pada ketetapan berikut :

Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS akan berlangsung pada 6 Oktober 2022 – 7 Oktober 2022 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, 25050 Kuantan, Pahang melibatkan graduan bagi sesi 2019,2020 dan 2021.
Dimaklumkan juga bahawa Majlis Raptai bagi Istiadat Konvokesyen Ke-19 akan diadakan pada 5 Oktober 2022 (Rabu) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada jam 2.00 petang.

Dimaklumkan juga senarai nama mengikut sidang akan dimaklumkan selepas pengesahan kehadiran graduan. Hal ini kerana penyusunan graduan hanya melibatkan graduan yang hadir sahaja.

Sehubungan dengan itu, graduan dikehendaki mengesahkan kehadiran ke Istiadat Konvokesyen Ke-19 ini di pautan berikut:
https://plu.sh/pengesahankehadirangraduan2022

Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat bermula 5 September 2022 (Isnin) sehingga 10 September 2022 (Sabtu) jam 2.00 petang. Pengesahan kehadiran graduan adalah muktamad dan tidak dibenarkan menukar status selepas tarikh tutup pengesahan kehadiran.

Graduan boleh memuat naik Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS dan Senarai Nama Graduan di laman sesawang rasmi UnIPSAS https://unipsas.edu.my/ .

Diharapkan semua graduan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mengesahkan kehadiran masing-masing. Terima kasih.
Tahniah atas kejayaan yang cemerlang. Anda kebanggaan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)!

-JK Jemputan Graduan 2022-

PERKARA 2: BUKU PANDUAN DAN PERATURAN ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-19

Graduan yang budiman,
Bagi melancarkan lagi Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS, graduan diminta untuk merujuk dan memahami segala maklumat dalam Buku Panduan dan Peraturan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 ini. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara-perkara dalam buku peraturan dan panduan tersebut, boleh diajukan terus kepada petugas yang dilantik seperti yang dimaklumkan dalam buku panduan tersebut.

Semoga segala urusan graduan dipermudahkan dan perjalanan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS berjalan lancar.

-JK Jemputan Graduan 2022-

PERKARA 3: SENARAI NAMA GRADUAN MENGIKUT SIDANG 1 DAN 2

Graduan yang budiman,
Bagi memastikan kelancaran Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS, dilampirkan senarai nama graduan mengikut sidang untuk rujukan graduan. Senarai mengikut sidang ini hanya melibatkan graduan yang telah mengesahkan kehadiran sahaja. Sila pastikan graduan hadir pada sidang yang ditetapkan sahaja.

Senarai sidang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Sidang 1:
Tarikh: 6 Oktober 2022
Hari: Khamis
Masa Berkumpul: 7.00 Pagi
Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, 25050 Kuantan, Pahang

Sidang 2:
Tarikh: 7 Oktober 2022
Hari: Jumaat
Masa Berkumpul: 7.00 Pagi
Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, 25050 Kuantan, Pahang

Graduan diminta merujuk laman sesawang rasmi UnIPSAS di https://unipsas.edu.my/konvokesyen-ke-19-unipsas/ bagi memuat naik Surat Jemputan dan Buku Panduan & Peraturan Istiadat untuk rujukan graduan.

Semoga segala urusan graduan dipermudahkan dan perjalanan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS berjalan lancar.

-JK Jemputan Graduan 2022-

Loading...