15 Februari 2020 (CAMERON HIGHLAND) – Seramai 10 orang siswa ahli Sekretariat Generasi Anak Pahang (GENAP) dan seorang pengiring telah menyertai Program Penanaman Pokok Pemulihan Hutan Cameron Highland yang diadakan pada hari ini di Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla, Cameron Highland. Program dianjurkan oleh Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) dan turut dijayakan bersama Sukarelawan Tunas Warisan (STW), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang.
Program telah disempurnakan oleh YAM. Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Siswa KUIPSAS bersama semua sukarelawan yang hadir telah menanam sebanyak 1,500 pokok hutan di kawasan seluar 16 hektar itu. Pokok hutan yang ditanam ialah pokok Damar Minyak (Agathis Borneensis) yang bakal mengambil masa 30 tahun untuk matang dan menjadi balak.