Siswa KUIPSAS Santuni Orang Kelainan Upaya (Oku)

Date: 27/01/2020

27 Januari 2020 (Terengganu) – Pelajar Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS yang mengambil kursus Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran dan Sunnah telah menganjurkan program “Hari Menyantuni Orang Kelainan Upaya (OKU)” yang disertai seramai 40 orang pelajar KUIPSAS. Program ini bertujuan untuk memupuk interaksi sosial yang sihat dan positif di antara pelajar jabatan ini dengan golongan OKU sekaligus mewujudkan rasa prihatin dan sayang menyayangi di antara satu sama lain.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti memanah, permainan ‘indoor’ seperti congkak, dam, ‘dominos’ dan lain-lain serta Taklimat Menyantuni OKU. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Haji Mansor, Pengerusi Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu.

Program yang diadakan dengan kerjasama PERTIS Wilayah Terengganu itu turut dihadiri oleh pensyarah Quran dan Sunnah, Ustaz Mohammad Haafiz Aminuddin bin Mohd Azmi dan Ustaz Abdul Rahim bin Muhd Syukri.

 

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok