Projek Tanaman Kelapa Dalam Kampus

Date: 10/08/2018

9 Ogos 2018 (KUANTAN) – KUIPSAS terus mengorak langkah bagi memastikan kelestarian sumber pendapatan dapat dikukuhkan pada masa hadapan. Terbaru KUIPSAS dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid KIPSAS Kuantan Berhad (KOPMAS) telah menggerakkan usaha penanaman kelapa dalam kawasan kampus KUIPSAS.

Majlis Perasmian projek tanaman kelapa yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB). Majlis turut dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengarah SPIPSB, pengurusan tertinggi KUIPSAS serta pensyarah dan kakitangan KUIPSAS.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Dr. Rosli Omar, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi KUIPSAS, jumlah pokok kelapa yang ditanam ialah sebanyak 500 batang. Kesemua pokok kelapa yang ditanam di dalam kawasan kampus KUIPSAS ini dijangka akan mengeluarkan hasil mulai pada tahun 2021 dengan anggaran pendapatan bersih sekitar RM100,000 setahun. Keuntungan ini akan dikongsikan di antara KUIPSAS dan KOPMAS dengan kadar agihan yang telah dipersetujui. Projek tanaman ini juga dijangka dapat menambahkan kehijauan kampus ini serta menambahkan keceriaan dan mewujudkan lanskap yang menarik.

   

 

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok