RINGKASAN UCAPAN MB
KUANTAN: Sempena Sambutan Jubli Perak ke -25 tahun, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah menganjurkan Persidangan dan Muktamar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (ICMAS 2021) secara online pada 28 & 29 Januari 2021. Persidangan ini adalah anjuran Akademi Hadis KUIPSAS dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam KUIPSAS dan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Persidangan ini bertemakan “Hadis Sunnah Teras Peradaban Ummah”. Objektif utama persidangan ini ialah. 1) Menjadi satu wadah perbincangan secara ilmiah,integratif dan holistik dalam kalangan para peserta dan pembentang kertas kerja berkaitan Sunnah Nabawiah. 2) Memartabatkan Hadis Nabi sebagai tonggak asas agama Islam serta mempertahankannya daripada sebarang salah faham dan kekeliruan. 3) Menonjolkan peranan dan kekuatan Hadis dalam membangunkan peradaban ummah.
Perasmian ICMAS 2021 telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar Pahang) dan diserikan lagi dengan ucap tama daripada YBrs. Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS. Antara intipati ucapan perasmian yang disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, beliau melihat program ICMAS 2021 ini memberi fokus kepada penyelidikan hadis dan sirah Nabi yang telah dikaji secara integratif dengan bidang-bidang ilmu yang lain seperti bidang Al-Quran, pembangunan insan, pengajian fiqh, ekonomi, pentadbiran politik, pendidikan dan teknologi komunikasi. Hal ini merupakan anjakan paradigma yang baik khususnya bagi memperlihatkan kepada dunia kekuatan sumber-sumber syariat Islam sebagai asas utama pembangunan bidang-bidang ilmu yang diperlukan. Beliau juga berharap supaya semua pihak berupaya mengumpul barisan cendikiawan Islam untuk sama-sama sepakat mendepani pelbagai cabaran seperti kemunculan fahaman dan idealogi yang bergerak atas nama kemodenan untuk mencalar keyakinan dunia terhadap kredibiliti sunnah Nabi SAW. Di akhir ucapan, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menitipkan harapan agar ICMAS 2021 ini akan memberi impak yang besar kepada peningkatan ilmu para peserta, membantu memperkasa penghayatan ummah terhadap ajaran Islam yang suci, seterusnya merapatkan hubungan ukhuwwah di peringkat global.
RINGKASAN PEMBENTANGAN SELARI
Dalam persidangan tersebut terdapat lebih daripada 80 tajuk kajian yang telah dibentangkan oleh para pembentang dari dalam dan luar negara termasuk dari negara Mesir, Jordon, Algeria, Tunisia, Republik Chech, Saudi Arabia, Brunei dan Indonesia. Tema utama pembentangan pada persidangan kali ini ialah ‘Hadis dan Sunnah Teras Kecemerlangan Peradaban Ummah’. Selain itu, terdapat 20 sub tema yang dibentangkan antaranya ialah :
RINGKASAN BEST PRESENTER
د/ محمد أحمد محمد عبد العا لالشربا (1 (tajuk pembentangan: مجالات تأثير علم الحديث في علم التفسير بالمأثور دراسة وصفية تحليلية
2) Prof Madya Dr. Jelani Sulaiman (tajuk pembentangan: Hadith as a Source of Reference for Creative Thinking and Problem Solving among Muslim Students in Tertiary Education
3) Ustaz Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi (tajuk pembentangan : Elemen Kesantunan Bahasa Dalam Cara Rasulullah SAW Berinteraksi )
BEST PAPER AWARD
LINK VIDEO LIVE : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/923277168408662