10 April 2019 (CAMERON HIGHLANDS) – KUIPSAS sekali lagi menganjurkan ekpedisi mendaki gunung dan disertai oleh pensyarah dan kakitangannya. Kali ini, KUIPSAS memilih Gunung Berembun yang terletak di Cameron Highland bertujuan untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para peserta ekspedisi serta mengukuhkan semangat berpasukan.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai ekspedisi yang mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke puncaknya. Ketinggian Gunung Berembun pada tahap 1,840 meter ini telah berjaya ditawan oleh semua peserta ekspedisi tanpa sebarang masalah yang besar. Turut menyertai ekspedisi ini ialah Rektor dan Pendaftar KUIPSAS.