Kursus Pengucapan Awam : Berani Berucap Dengan Yakin

Date: 16/02/2020

15 Februari 2020 (KUANTAN) – Persatuan Pelajar Dakwah (PERSADA) dan Jabatan Dakwah dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Persatuan Media Islam menganjurkan Kursus Pengucapan Awam : Berani Berucap pada hari ini. Program diadakan di Auditorium KUIPSAS bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Program diadakan bertujuan untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan peserta, memberi pendedahan berkenaan strategi berhadapan dengan khalayak dan melatih peserta supaya berani berhujah di hadapan penonton dengan penuh keyakinan dan keberanian.

Seramai 327 orang terdiri daripada mahasiswa KUIPSAS, pelajar Sekolah Menengah sekitar Kuantan dan Pekan, kakitangan KUIPSAS serta orang awam telah menyertai program ini. Peserta-peserta pelajar sekolah merupakan pelajar dari SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, SBPI Kuantan, SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Sungai Baging, SMK Tengku Afzan, SMK Abdul Rahman Talib, SBPI Tun Abdul Razak, SMA Al-Maarif, SMK Paya Besar, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMK Sungai Soi, SMK Sungai Isap, SMA Al-Ihsan dan SMK Alor Akar.

Kursus dikendalikan oleh En. Mohamad Shaharuddeen bin Muhamad Kalam yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Jurulatih Seni Budaya Negara (Seni Berbahasa). Program dirasmikan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

 

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok