30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘๐๐ข๐ค๐ฆ ๐๐ฉ๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘๐ง๐ณ๐ฐ๐ฏ๐ต๐ญ๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.
Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. ‘๐๐ข๐ค๐ฆ ๐๐ฉ๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ’ yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan ‘๐ง๐ณ๐ฐ๐ฏ๐ต๐ญ๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด’.
Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.