KUIPSAS Meterai Persefahaman Dengan Lapan Institusi

Date: 09/08/2019

8 Ogos 2019 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan (8) buah Institusi Berkepentingan dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium KUIPSAS bermula jam 9.00 pagi.

Majlis Menandatangani MoU ini bertujuan untuk membina jaringan strategik di antara KUIPSAS dengan 8 Institusi Berkepentingan ini supaya KUIPSAS dapat melengkapkan graduannya dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berorientasikan kehendak pasaran semasa. Di samping itu, MoU ini membolehkan KUIPSAS menawarkan Sijil-Sijil Profesional yang berorientasikan industri serta membolehkan masyarakat luar mengakses program pengajian KUIPSAS dengan lebih luas.

Majlis ini disaksikan oleh tetamu istimewa iaitu Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merupakan Pro Canselor KUIPSAS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Indera Haji Mohamad Roslan bin Harun dan YH. Dato’ Haji Tarif Bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd.

Sebanyak 8 buah institusi menghadiri majlis ini dan menandatangani MoU pada hari ini. Insitusi-institusi tersebut ialah :
a. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
b. Pahang Skills Development Centre (PSDC)
c. Kolej Komuniti Kuantan
d. Widad University College
e. University College of Yayasan Pahang (UCYP)
f. Chartered Institute of Management Accountant (CIMA)
g. Institute of Marketing Malaysia (IMM)
h. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS)

 

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok