Tahsinul Al-Quran Di Jengka

26 April 2019 (JENGKA) – Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jengka menganjurkan Program Tahsinul Quran bertempat di Dewan PAID Jengka. Program dipimpin oleh Ybhg. Dr. Mohamed Ebrahim Elserbiny Ahmed Saqr dan disertai oleh kakitangan PAID Jengka dan pegawai-pegawai masjid dalam daerah Jengka. Turut hadir ialah Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias.

OPKIM Di Ulu Dong

23 April 2019 (RAUB) – Persatuan Pelajar Dakwah KUIPSAS telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) kali ke-6 bertempat di Kampung Hulu Dong, Raub. Program selama 4 hari ini disertai seramai 40 orang pelajar Jabatan Dakwah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang OPKIM ini berlangsung. Program tersebut adalah Forum Perdana, Kursus Pengurusan Jenazah, Kem Bestari Solat, Gotong-Royong, Ziarah Kasih, Bolasepak Persahabatan dan Malam Kebudayaan.

Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB. Dato’ Seri Shahiruddin Ab. Moin (ADUN Dong). Turut hadir pada Majlis Perasmian Penutupan ialah Ybhg. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ybhg. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar (Dekan Fakulti Pengajian Islam), En. Mohamad Faizalriza bin Kaharuddin (Penghulu Mukim Ulu Dong), Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin (Ketua Jabatan Dakwah), pemimpin-pemimpin setempat, pensyarah-pensyarah Jabatan Dakwah dan keluarga-keluarga angkat.

 

Misi Gunung Berembun Berjaya

10 April 2019 (CAMERON HIGHLANDS) – KUIPSAS sekali lagi menganjurkan ekpedisi mendaki gunung dan disertai oleh pensyarah dan kakitangannya. Kali ini, KUIPSAS memilih Gunung Berembun yang terletak di Cameron Highland bertujuan untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para peserta ekspedisi serta mengukuhkan semangat berpasukan.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai ekspedisi yang mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke puncaknya. Ketinggian Gunung Berembun pada tahap 1,840 meter ini telah berjaya ditawan oleh semua peserta ekspedisi tanpa sebarang masalah yang besar. Turut menyertai ekspedisi ini ialah Rektor dan Pendaftar KUIPSAS.

 

Kunjungan KUIPSAS Ke Jabatan Agama Islam Sarawak

22 Mac 2019 (KUCHING) – KUIPSAS mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Agama Islam Sarawak bertempat di Dewan Syura, Pejabat Majlis Islam Sarawak (MIS). Kunjungan ini disambut oleh KPP Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam JAIS, Ustaz Haji Abdul Latif bin Abdul Karim. Turut hadir ialah KPP Bahagian-Bahagian dan Pegawai-Pegawai JAIS. Pertemuan memfokuskan kepada perkembangan Pendidikan Islam di negeri Sarawak serta perbincangan mengenai kecenderungan pelajar-pelajar Sarawak melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi.

KUIPSAS Teroka Ruang Kerjasama Dengan Ikmas

21 Mac 2019 (KUCHING) – KUIPSAS mengadakan Kunjungan Hormat ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada hari ini bagi meneroka ruang kerjasama di antara kedua-dua pihak. Kunjungan Hormat ini disambut oleh Ybhg. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah IKMAS dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan IKMAS. Delegasi KUIPSAS terdiri daripada En. Muhammad Hafiz bin Yaakob (Dekan FPP), Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin (Ketua Jabatan Dakwah) dan En. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin (Pen. Pendaftar Perhubungan Korporat).

Perbincangan yang diadakan telah mencapai beberapa persetujuan asas seperti peluang pelajar IKMAS melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di KUIPSAS melalui pindahan kredit serta kerjasama dalam bentuk program-program akademik. Semasa sesi Kunjungan Hormat ini berlangsung, turut diadakan program Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh En. Abi Sufian bin Abdul Aziz (Pensyarah Jabatan Perakaunan) dan disertai oleh pensyarah-pensyarah dan kakitangan IKMAS.

 

Kejohanan Bowling Tertutup KUIPSAS Berlangsung Meriah

17 Mac 2019 (KUANTAN) – Serentak dengan Majlis Pelancaran KUIPSAS Tenpin Bowling Club, Kejohanan Bowling Piala Rektor 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang disertai 38 orang pensyarah dan kakitangan KUIPSAS ini diadakan di Playground 6 Semambu, Kuantan. Pendaftar KUIPSAS, En. Mohd Zamri bin Wahab telah mewakili Rektor untuk melancarkan KUIPSAS Bowling Tenpin Club serta merasmikan kejohanan pada kali ini. Kejohanan yang bermula jam 10.00 pagi ini telah menyaksikan bakat-bakat terpendam para peserta dalam permainan bowling ini.

Bagi acara Individu, kategori lelaki telah dijuarai oleh En. Mohd. Safuan bin Ariffin (Jabatan Perhubungan Korporat) dan kategori wanita pula dijuarai oleh Pn. Zarina binti Kamarozaman (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

Acara berkumpulan lelaki pula diungguli oleh En. Mohd Sokri bin Husain (Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat) yang berpasangan dengan En. Muhamad Kasyidi Hakim bin Kamarudzaman (Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan). Seterusnya, bagi acara berkumpulan wanita pula dimenangi oleh Pn. Zarina binti Kamarozaman (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Pn. Nor Faziah binti Rejab (Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat).

Ceramah ‘Fun Mathematics’ Di Smka Kota Kinabalu

7 Mac 2019 (KOTA KINABALU) – Delegasi KUIPSAS yang diketuai Rektor, YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin telah mengadakan Kunjungan Hormat ke SMKA Kota Kinabalu, Sabah. Dalam kunjungan yang turut disertai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Rosli bin Omar itu, Rektor KUIPSAS telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Fun Mathematics’ kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tingkat Motivasi Kerja

6 Mac 2019 (KUANTAN) – Seramai 16 orang anggota kerja KUIPSAS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018 pada hari ini. Majlis yang diadakan di Dewan Utama KUIPSAS bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh semua anggota kerja KUIPSAS.

Seramai 16 orang telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia KUIPSAS untuk menerima ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018’ manakala 3 orang lagi menerima ‘Anugerah Kesetiaan KUIPSAS’ kerana telah setia berkhidmat lebih dari 20 tahun di KUIPSAS. Tahun ini juga KUIPSAS telah menyediakan ‘Anugerah Khas Rektor 2018′ yang diberikan kepada 11 orang anggota kerja KUIPSAS yang telah menunjukkan kesungguhan dalam membawa masuk pelajar baharu.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YH. Dato’ Haji Tarif bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan KUIPSAS merangkap Ahli Lembaga Pengarah SPIPSB. Turut hadir meraikan penerima anugerah ialah YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

#kuipsas #anugerah #apc #apc2018 #tahniah #welovekuipsas

KUIPSAS Dan UPSI Bekerjasama Tawarkan PHD

4 Mac 2019 (TANJONG MALIM) – KUIPSAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersetuju untuk berkerjasama bagi menawarkan program pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD). UPSI akan menawarkan program yang dinamakan SmartPhD dan KUIPSAS akan menyediakan tempat pengajian. Mod pengajian secara penyelidikan ini akan menyaksikan pensyarah-pensyarah UPSI hadir ke KUIPSAS untuk mengendalikan kursus dan bimbingan kajian. Program SmartPhD ini meletakkan sasaran pelajar boleh menghantar tesis selepas 2 tahun pengajian.

Dalam sesi kunjungan hormat dan perbincangan, delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin dan disertai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Dr. Rosli bin Omar, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar serta Dekan Fakulti Pengajian Pengurusan, En. Mohd Hafiz bin Yaakob. Delegasi UPSI pula terdiri daripada Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Madya Dr. Ramlee bin Ismail.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

KUIPSAS Sertai Jelalah OKU

2 Mac 2019 (TEMERLOH) – Program Jelajah OKU Muqarrabun yang bertempat di Masjid Baru Daerah Temerloh telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program yang julung kali diadakan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Masjid Baru Daerah Temerloh dan RTM Pahang ini mengumpulkan lebih 200 orang penggerak orang kurang upaya dan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti bersifat keagamaan.

Program dimulakan dengan Ucaptama : “Taqwa Penyuluh Kehidupan” oleh Imam Besar Masjid Temerloh, Ustaz Badrolhisham bin Mohamad Zaki. Program disusuli dengan Majlis Perlancaran Sahabat Siswa PERTIS (SMaP) yang menampilkan mahasiswa Diploma Dakwah dan Pengurusan serta Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak KUIPSAS sebagai sukarelawan. Pelancaran turut dihadiri oleh Ustazah Norfadelah binti Nordin, Pensyarah Jabatan Dakwah sebagai wakil KUIPSAS dan En Bahkri bin Md Said sebagai wakil PERTIS.

Program diteruskan dengan Forum OKU Muqarrabun dengan menampilkan En. Mohd Hafiz bin Halim sebagai moderator dan En. Mohammad Faizal bin Che Yusof (Panel 1), Puan Hjh Dr. Ruziah bt Ghazali (Panel 2) dan Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah (Panel 3). Majlis diakhiri dengan perasmian dan pelancaran Program Jelajah OKU Muqarrabun Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Dato’ Seri Wan Hj. Abdul Wahid bin Hj Wan Hassan.

en_GBEnglish