Bengkel Penubuhan Darul Ifta Di Negeri Pahang
20 Januari 2020 (KUANTAN) – Bengkel Penubuhan Darul Ifta di Negeri Pahang diadakan pada hari ini bertempat di Grand Darul Makmur Hotel. Bengkel ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim dan turut dihadiri oleh SS Mufti Pahang, YH. Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Kewangan Negeri Pahang, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Bahagian Teknologi Maklumat PSUK Pahang dan pengurusan kanan KUIPSAS.
Dalam ucapan aluannya, YH. Dato’ Mohd Zakaria menjelaskan Kerajaan Negeri Pahang telah ditawarkan oleh Darul Ifta Mesir untuk menubuhkan Darul Ifta di Negeri Pahang semasa delegasi Kerajaan Negeri mengadakan Kunjungan Hormat ke sana pada bulan November 2019 yang lalu. Beliau juga berharap agar bengkel yang diadakan ini akan dapat merangka penubuhan Darul Ifta ini secara keseluruhan.
Penubuhan Darul Ifta di Negeri Pahang ini bertujuan untuk melahirkan mufti yang berkemampuan dan pakar dalam memahami syarak dan realiti semasa, membolehkan penentuan hukum-hukum syarak semasa secara wasatiyyah, menyebar luas rujukan Darul Ifta’ dalam penghasilan fatwa, mengatasi masalah kekurangan pengetahuan sebahagian pemberi-pemberi fatwa dari sudut metodologi yang khusus dalam bidang fatwa serta membuka peluang pengajian kepada lebih ramai pelajar yang berminat dari seluruh pelosok dunia melalui pengajian jarak jauh.
Di akhir program, Pengarah Bengkel, Encik Hanif bin Abu Samah mengendalikan sesi pembentangan gerak kerja pelaksanaan penubuhan Darul Ifta ini merangkumi sudut kewangan, sumber manusia, penyediaan prasarana fizikal dan ICT, perundangan dan pengiktirafan serta pemasaran.



21 Januari 2020 (KUANTAN) – Resolusi seminar yang mengandungi lima perkara utama akan dijadikan Garis Panduan Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang kepada rakyat negeri Pahang yang terlibat dalam aktiviti sukan dan riadah. Resolusi dibentangkan oleh YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dalam Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Auditorium KUIPSAS pada hari ini.




























18 Januari 2020 (KUANTAN) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat bercemar duli ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi melawat dua orang pelajar KUIPSAS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.










16 Januari 2020 /6.00 petang. Dukacita dimaklumkan sekumpulan pelajar Jabatan Dakwah KUIPSAS telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan 4 buah kenderaan di Jalan Raub – Bentong berhampiran Simpang Felda Lurah Bilut.





KUANTAN – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri itu bagi mendedahkan kaedah asas penulisan jawi dalam kalangan pelajar dan guru.
Dr Asmadi berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai melalui penganjuran Program Semarak Jawi yang disertai 150 peserta.
















15 Januari 2020 (KUANTAN) – Parlimen Mahasiswa KUIPSAS bersidang kali kedua dan dihadiri oleh perwakilan daripada semua barisan Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS dan semua Presiden serta Timbalan Presiden persatuan-persatuan akademik di KUIPSAS. Parlimen ini telah bersidang selama lebih kurang empat jam bermula dari jam 9.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KUIPSAS.







14 Januari 2020 (PEKAN) – KUIPSAS mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada hari ini. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan KUIPSAS.










