Sayang Di Sayang Bersama Warga Emas OKU
21 Februari 2020 (TEMERLOH) – Pelajar-pelajar Diploma Kaunseling Islam hari ini menyantuni Warga Emas Kelainan Upaya dalam Program Sayang Di Sayang bertempat di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera, Kampung Lebak, Temerloh
Program bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar diploma ini mengendalikan sesi bimbingan individu, sesi bimbingan kelompok, sukaneka dan gotong-royong di pusat jagaan tersebut. Pelajar-pelajar juga dapat membentuk kesedaran tentang kepentingan menyantuni warga emas serta didedahkan dengan langkah-langkah menguruskan warga emas kelainan upaya.
Program turut dihadiri oleh En. Shohaimi Abd Latif (Pengetua Pusat Jagaan), En. Mohd Fikri bin Mohd Mokhtar (Pensyarah Kaunseling Islam) dan dua orang pelajar praktikum.




























13 Februari 2020 (KUALA LUMPUR) – Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah yang mengambil kursus Pengajian Akidah dan Isu- Isu Akidah telah mengadakan Program Motivasi Iman di SMK Desa Petaling pada hari ini. Seramai 40 orang fasilitator pelajar KUIPSAS terlibat menganjurkan program ini dan disertai oleh 94 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah