Sumbangan Parlimen Pekan

23 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan daripada Parlimen Pekan berupa barang-barang keperluan harian. Barangan sumbangan ini akan disalurkan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Kuantan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumbangan disampaikan oleh En.ย Yusof Bin Mohamedย dan diterima oleh YBrs. Dr.ย Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS.

 

 

Wanita Lebih Patuh PKP Berbanding Lelaki

15 April 2020 (KUANTAN) – Kaum wanita di negeri Pahang didapati lebih patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mempunyai pengetahuan lebih tinggi mengenai wabak Covid-19 berbanding kaum lelaki. Demikian salah satu hasil kajian bertajuk “Pengetahuan dan Sikap Terhadap Wabak Covid-19 Serta Kepatuhan Terhadap PKP Dalam Kalangan Penduduk Negeri Pahang” yang diumumkan hari ini di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmadย Shah (KUIPSAS).

Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan penduduk Negeri Pahang terhadap wabak Covid-19 secara puratanya adalah pada tahap 87.9%.

Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Psikologi dan Kaunseling KUIPSAS ini melibatkan responden seramai 439 orang yang tinggal di negeri Pahang. Kajian ini telah dijalankan selama 14 hari sepanjang PKP fasa 1 dan fasa 2 dikuatkuasakan baru-baru ini.

Menurut Ketua Pasukan Penyelidik, YBrs. Dr. Sharafuddin Aisa bin Hj. Osman, data kajian didapati melalui persampelan “๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ” dengan menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada kajian Zhong et al.(2020). Kajian ini menurutnya lagi, dijangka mampu memberi gambaran tentang situasi semasa penduduk negeri Pahang dalam menghadapi wabak Covid-19 serta kepatuhan terhadap arahan PKP.

Kajian ini juga merumuskan bahawa sikap positif penduduk negeri Pahang terhadap wabak Covid-19 mencapai tahap 96% serta 95.4% penduduk negeri ini pula telah mematuhi arahan PKP yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Selain, YBrs. Dr. Sharafuddin yang bertindak sebagai Ketua Pasukan Penyelidik, kajian ini turut dilaksanakan oleh YBrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak, YBrs. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman dan Puan Norillah binti Abdullah Hassim.

 

Keprihatinan GPMS Pahang Dihargai

10 April 2020 (KUANTAN) – Sumbangan terus diterima daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menyantuni pelajar-pelajar KUIPSAS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang hari ini tampil menghulurkan sumbangan bagi mendekati pelajar-pelajar KUIPSAS dan menyatakan keprihatinan atas situasi semasa yang dihadapi pelajar sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumbangan barang-barang keperluan disampaikan oleh GPMS Pahang kepada pelajar-pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa. Serahan sumbangan ini diketuai oleh Pengerusinya, Sdr. Mohd Isharizall Sahak dan Setiausaha, Sdr. Wan Haffizul Wan Ismail yang juga merupakan salah seorang Alumni KUIPSAS.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS, YBrs. Dr. Asmadi Abdul Rahman serta kakitangan Jabatan HEPA KUIPSAS.

Terima kasih GPMS Pahang.

 

7 Eleven Serahkan Sumbangan

9 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang ingin menyampaikan sumbangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

Hari ini KUIPSAS menerima sumbangan daripada Kedai Serbaneka 7 Eleven berupa pek makanan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan. Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman.

Terima kasih 7 Eleven.

 

Covic-19 : MUIP Salur Bantuan Kepada Kakitangan KUIPSAS

8 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada 44 orang kakitangan KUIPSAS dan Akademi Naluri Sdn. Bhd. yang memenuhi kriteria ditetapkan. Semoga sumbangan ini dapat membantu kakitangan tersebut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini. Terima kasih MUIP.

 

Covid-19 : Pelajar KUIPSAS Turut Hasilkan Pelindung Muka

BERITAยปWilayah | Sabtu, 4 April 2020 | 12:28pm
Mohd Rafi Mamat | bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seramai 20 penuntut tajaan Yayasan Sabah di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini, memanfaatkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Seorang daripadanya, Syahira Asnerra Asan, 21, berkata fasa pertama penyediaan pelindung muka lebih 1,000 unit disiapkan minggu lalu dan kali ini 1,000 lagi akan sediakan dalam masa tiga hari.

โ€œAktiviti menghasilkan alat berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam, Ini sahaja pengorbanan kami berikan kepada negara ketika ini, menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan,โ€ katanya yang belajar dalam Jurusan Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak, di sini, hari ini.

Rakannya, Nor Aaifah Aziri, 21 berkata, turut berbangga menjadi sukarelawan menghasilkan pelindung muka untuk barisan petugas hadapan sekali gus membantu mengurangkan kes penularan COVID-19.

โ€œSaya setiap hari berdoa semoga pihak bertugas barisan hadapan sentiasa dilindungi dan mempunyai semangat juang yang tinggi,โ€ katanya yang belajar dalam Jurusan Dakwah dan Pengurusan.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KUIPSAS, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima barangan untuk membuat pelindung muka daripada kerajaan Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan Pahang.

โ€œPihaknya diberi peluang menyediakan lebih 2,000 pelindung muka membabitkan dua peringkat, kami sedia menerima tanggungjawab berkenaan selepas ini.

โ€œSeramai 20 penuntut Sabah yang tidak dapat pulang ke kampung dibantu beberapa kakitangan KUIPSAS bergotong-royong menghasilkan produk itu,โ€ katanya.

Sumber berita :ย https://www.bharian.com.my/โ€ฆ/covid-19-pelajar-kuipsas-turutโ€ฆ

Kapsyen gambar : Syahira Asnerra (kanan) dan Nor Aaifah menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan mereka untuk petugas barisan hadapan. – Foto Mohd Rafi Mamat

Kerajaan Negeri Pahangย Biasiswa Yayasan Sabah

 

Syahira Asnerra (kanan) dan Nor Aaifah menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan mereka untuk petugas

barisan hadapan. – Foto Mohd Rafi Mamat.

Serahan 600 Lagi Face Shield

2 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini membuat serahan 600 lagi pelindung muka (๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Serahan ini melengkapkan tugasan fasa 1 di bawah penyelarasan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang menetapkan KUIPSAS untuk menyediakan 1,000 unit pelindung muka tersebut.

Semoga bantuan yang diberikan oleh KUIPSAS dan sukarelawannya akan dapat melancarkan lagi gerak kerja petugas-petugas kesihatan barisan hadapan di fasiliti-fasiliti kesihatan dalam negeri Pahang ini.

 

KUIPSAS Serah Face Shield Kepada Jabatan Kesihatan

01 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menyerahkan 400 unit pelindung muka (๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di lobi jabatan itu hari ini. Pelindung muka ini disediakan selama dua hari oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sambil dibantu oleh sukarelawan pelajar KUIPSAS.

Serahan pelindung muka ini dilakukan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan)
JKNP, YH. Dato Khairur Rizal bin Ramli. Pelindung muka ini akan digunakan oleh petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang setiap hari memerlukan peralatan yang lengkap bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada masa ini.

 

Setiausaha Kerajaan Pahang Tinjau Kerja Sukarelawan KUIPSAS Sediakan Face Shield

31 Mac 2020 (KUANTAN) – Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Sri Dr. Salehuddin bin Ishak meluangkan masa meninjau kerja-kerja menyediakan pelindung muka (๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ) yang ditugaskan kepada KUIPSAS pada hari ini. Beliau turut diiringi Timbalan SUK (Pengurusan), YH. Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim dan Pengarah Tanah Dan Galian Pahang, YH. Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh.

Kerja-kerja penyediaan pelindung muka yang dilakukan di Dewan Barakah KUIPSAS ini telah masuk hari kedua dan dilakukan bersama-sama oleh sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta siswa siswi KUIPSAS yang tinggal di asrama sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sehingga kini, sebanyak 400 unit pelindung muka sudah siap disediakan dan sukarelawan KUIPSAS akan menyediakan 600 unit lagi bagi mencukupkan jumlah 1,000 unit yang ditugaskan kepada KUIPSAS.

Terdahulu sebelum itu, kakitangan HEPA yang diketuai oleh Timbalan Rektor HEPA, YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman telah diberikan taklimat dan latihan ringkas oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) bagi memastikan pelindung muda yang disediakan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta berupaya untuk melindungi penggunanya daripada penyebaran virus dan penyakit.

Menurut Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, KUIPSAS dan kumpulan sukarelawannya sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaga kerja bagi menyediakan pelindung muka ini pada bila-bila masa diarahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Namun, KUIPSAS berharap bahan bekalan disediakan dengan mencukupi supaya lebih banyak pelindung muda dapat disediakan dengan kadar segera oleh para sukarelawan.

Semua pelindung muka yang sudah siap disediakan akan diserahkan terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) sebelum diagihkan kepada fasiliti kesihatan di negeri Pahang bagi digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan (๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด) yang bertugas bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku pada masa sekarang.

 

Link Video : https://www.facebook.com/pahang.gov/videos/910042242799801/

 

KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.

Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. ‘๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ’ yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan ‘๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด’.

Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

 

en_GBEnglish