Pelajar Baharu Mendaftar Masuk Asrama
5 September 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima kehadiran pelajar-pelajar baharu untuk mendaftar masuk asrama bagi meneruskan pengajian dalam Semester 1 Sesi 2020/2021. Semua pelajar baharu ini sudah mendaftar sebagai mahasiswa KUIPSAS pada Sesi Kemasukan Jun 2020 baru-baru ini dan mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah masing-masing.
Sesi Pendaftaran Masuk Asrama ini diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan diadakan di Dewan Utama KUIPSAS bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.
Pendaftaran masuk asrama ini diadakan bagi memenuhi ketetapan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi supaya pelajar-pelajar baharu mengikuti pengajian di dalam kampus. Mahasiswa baharu KUIPSAS yang sudah mendaftar masuk ke asrama dan berada di dalam kampus akan dapat memberikan tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran. Mereka berpeluang untuk menghadiri sesi konsultasi dengan pensyarah, menggunakan kemudahan perpustakaan serta mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan bersama rakan-rakan sekuliah.






Majlis Tahlil Sempena Menyambut Jubli Perak 25
Taklimat MKN Sempena Perhimpunan
7 Ogos 2020 (KUANTAN) – Perhimpunan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintai Negara bulan Ogos peringkat KUIPSAS diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium KUIPSAS. Perhimpunan yang bermula jam 10.00 pagi itu dihadiri oleh semua Anggota Kerja KUIPSAS.
Perhimpunan bulan ini turut dihadiri oleh En. Mohd Zairasyahli Bin Zakaria, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang yang dijemput khas untuk menyampaikan taklimat dan perkembangan terkini mengenai penularan wabak pandemik Covid-19. Taklimat ini penting kepada warga KUIPSAS kerana KUIPSAS akan menerima kehadiran pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar masuk ke asrama dan meneruskan pengajian di kampus dalam masa terdekat.






IBADAH KORBAN KUIPSAS Berjalan Lancar
Wakaf Perdana Masjid KUIPSAS
31 Julai 2020 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS hari ini melancarkan Wakaf Perdana bagi Menaik Taraf Kemudahan-Kemudahan Di Masjid KUIPSAS bagi mengumpulkan dana sebanyak RM300,000.00.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid KUIPSAS memaklumkan bahawa 4 kemudahan yang diberi tumpuan dalam Wakaf Perdana ini ialah :
1) Membina porch kiri dan kanan masjid
2) Membina rem untuk kemudahan OKU
3) Menaik taraf tandas lelaki dan wanita
4) Membina parkir motorsikal dan basikal
Sumbangan wakaf boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam bernombor 06019010053872 atas nama Masjid KIPSAS.

Kesedaran Berita Palsu Faktor Utama “TABAYYUN”
29 Julai 2020 (KUANTAN) – Kesedaran terhadap berita palsu menjadi faktor utama masyarakat melakukan tingkah laku “tabayyun” sebelum menyebarkan berita berkaitan penularan wabak Covid-19. Demikian hasil kajian bertajuk “Kesedaran Masyarakat Terhadap Penularan Berita Palsu Berkaitan Covid-19 Melalui Pendekatan Tabayyun Berdasarkan Perspektif Tingkah Laku Pengesahan (Verification Behaviour)”.
Kajian dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik KUIPSAS yang diketuai oleh Dr. Norahida binti Mohamed (Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah), Dr. Safiah binti Abdul Razak (Pengarah Akademi Hadis), Pn. Siti Nora’aeshah bt. Zakaria (Pensyarah Jabatan Quran Sunnah) dan Pn. Juwairiah bt.Hassan (Ketua Program Media Islam).
Kajian tersebut juga melaporkan bahawa :
1) 35.8% masyarakat menyelidik siapakah pengarang berita berkaitan Covid-19 di media sosial;
2) 82.4% masyarakat akan memastikan kesahihan berita mengenai Covid-19 sebelum dikongsi;
3) 68.8% tahap tingkah laku “tabayyun” masyarakat terhadap berita Covid-19.

Gotong Royong Ceriakan Persekitaran Masjid KUIPSAS
Entrance Conference Audit Negara
22 Julai 2020 (KUANTAN) – Entrance Conference Mengenai Pengauditan Pengurusan Syarikat Sistem Pendidikan Islam Pahang Sd. Bhd. (SPIPSB) telah diadakan hari ini di Dewan Senat KUIPSAS. Sesi audit yang akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Pahang ini selaras dengan Warta Kerajaan Persekutuan di bawah Perintah Audit (Akta Syarikat) 2017, P. U. (A) 294, Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan para 5(1)(d) Akta Audit 1957.
Pihak Audit akan menjalankan pengauditan bermula 10 Ogos 2020 sehingga auditan selesai dijalankan. Entrance Conference ini telah dihadiri oleh Tuan Zulkifli bin Tungal, Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Pahang, Pn. Noorafizah binti Mohamad (Juruaudit) dan para Penolong Juruaudit.






Lawatan Kerja Ke Ladang Sawit
Lawatan Prihatin Ke SMA Al-Falah Batu Talam
14 Julai 2020 (RAUB) – KUIPSAS mengadakan Lawatan Prihatin pada hari ini ke Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub bagi meninjau keadaan Asrama Putera yang terjejas kerana musibah kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan KUIPSAS.
Lawatan telah disambut oleh Pengetua SMA Al-Falah, En. Hasanuddin bin Md Isa dan guru-guru sekolah berkenaan. Dalam lawatan tersebut, delegasi KUIPSAS telah diberikan penerangan oleh Pengetua sebelum melihat kesan kerosakan akibat kebakaran yang berlaku kepada blok asrama tersebut. Delegasi KUIPSAS juga dibawa melawat ke lokasi penempatan sementara pelajar lelaki di Dewan Makan dan Dewan Sekolah.
Sebagai tanda keprihatinan KUIPSAS terhadap musibah yang melanda, Rektor KUIPSAS telah menyerahkan sumbangan berupa wang tunai termasuk kutipan Solat Jumaat di Masjid KUIPSAS yang merupakan hasil sumbangan orang ramai.
Lawatan turut disertai oleh sebahagian ahli KUIPSAS Riders Club (KRC) untuk menghulurkan sumbangan tenaga melakukan kerja amal membantu pihak sekolah menyusun atur asrama sementara di Dewan Sekolah bagi menerima kemasukan semula pelajar sekolah ini pada minggu hadapan.
#kebakaranasrama #smaalfalahbatutalam #raub #afiss #sumbangan #kuipsas #kuipsasbumibarakah








