3-4 Februari 2022 (KUANTAN) – Bengkel Pemurnian Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur bertujuan bagi memantapkan dan penambahbaikan kurikulum sedia ada sebelum ini. Semakan dan penilaian bersama individu yang pakar dalam bidang multimedia iaitu YBrs. Prof Madya Ts Dr Azhar bin Hj Abd Jamil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Panel Akademik dan Encik Imran bin Abdul Jabar dari Sifoo Art and Multimedia Training Center sebagai Panel Industri.
Selama 2 hari bengkel dijalankan bertujuan untuk menumpukan kepada pematuhan standard program MQA Creative Multimedia Technology Baharu, pemurnian objektif dan hasil pembelajaran program mengikut domain MQA, penawaran subjek, dan penambahan kandungan kursus yang relevan mengikut keperluan program yang bersesuaian dengan saranan MQA agar program perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa.