
KUANTAN, 5 Disember 2025 – UnIPSAS menzahirkan penghargaan atas pengumuman peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan Pahang 2026 bagi melaksanakan transformasi penjenamaan UnIPSAS sebagai Universiti Al-Quran.
Peruntukan ini diumumkan di bawah :
Teras Pertama : Memartabatkan Agama Islam, Memelihara Institusi Diraja & Mengangkat Warisan Budaya
Sejajar dengan teras ini, UnIPSAS berpeluang memperkukuh pembangunan akademik, pentadbiran, penyelidikan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan agenda Universiti Al-Quran, seterusnya memperluas peranan kami dalam memartabatkan ilmu dan memperkukuh tradisi keilmuan di negeri Pahang.
