FAMA Pahang Pupuk Minat Usahawan Tani Kepada Pelajar UnIPSAS

4 Julai 2022, Kuantan – Dalam meningkatkan kecenderungan usaha membantu pelajar dalam aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang, FAMA Negeri Pahang telah hadir ke UnIPSAS bagi membentangkan program New Breed Marketing Enterpreneur (NBME) dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi seperti UnIPSAS.

YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS berkata, UnIPSAS sentiasa mengalukan sebarang program yang meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar dan menyambut baik program yang dianjurkan oleh FAMA Pahang.

Selain UnIPSAS terpilih sebagai destinasi penganjuran Program NBME oleh FAMA, pelajar UnIPSAS akan pendedahan keusahawanan dari projek rumah cendawan dan projek penanaman hydroponic di UnIPSAS.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pengarah FAMA Negeri Pahang, YBhg. Encik Saiful bin Sadri dan delegasi yang disampaikan oleh Naib Canselor UnIPSAS. Turut hadir sama Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UnIPSAS, YBhg. Encik Abi Sofian bin Abdul Aziz serta Penolong Pegawai Belia & Sukan, Jabatan HEPA, Encik Mohd Nor Hafizan bin Abdul Hamit.

Program Khidmat Masyarakat Di Felda Bukit Goh Babitkan 50 Orang Pelajar UnIPSAS

3 Julai 2022, Kuantan – Setelah selesai berlangsungnya Program Kepimpinan Altruistik (PKA) anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan dua hari sebelumnya, para peserta telah berpeluang mengadakan khidmat masyarakat di Felda Bukit Goh.

Pelbagai kerja-kerja yang dapat dibantu antaranya ialah aktiviti mengecat Dewan Semai Bakti Felda Bukit Goh, membersihkan kawasan dewan dan juga beramah mesra bersama masyarakat setempat.

Menutup majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni , YBrs. Dr. Haji Ahmad Effat bin Mokhtar berkata “Walaupun sudah masuk hari ke 14 pelajar UnIPSAS berprogram berturut-turut sebelum itu, namun semangat dan kerajinan mereka sangat dipuji. Inilah semangat kesukaralewanan yang sepatutnya ada dalam kalangan belia Islam. Sebagaimana Rasulullah SAW sendiri yang menunjukkan semangat kesukaralewanan, bertolong bantu dalam perkara-perkara kebaikan sehingga Islam akhirnya tersebar sehingga ke nusantara”

Turut hadir sama, Ketua Kem Wawasan Negara Bukit Sagu, YBhg. Encik Kamalifauzi bin Abd Rashid, Penolong Pengarah Kem Wawasan Negara Bukit Sagu, YBhg.Encik Mohd Azeed Nazwan bin Zakaria, Pengurus Felda Bukit Goh, YBhg. Encik Radzuan bin Rozali dan Ketua Peneroka Felda Bukit Goh, merangkap Tok Empat, YBhg. Encik Ahmad Faizal bin Ramli.

HEPA akan merancang pelbagai lagi aktiviti khidmat masyarakat di lokasi lain bagi memberi ruang kepada pelajar berkhidmat dan berinteraksi dengan komuniti selain meningkatkan _visibility_ UnIPSAS di mata masyarakat Pahang khususnya dan di Malaysia amnya.

MPP UnIPSAS Dilantik Rakan Kongsi Strategi Gabungan Ngo Rasuah Busters

28 Jun 2022, Kuantan – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rasuah Busters Pahang berusaha mendidik masyarakat antirasuah dengan melaksanakan kempen memerangi jenayah itu di negeri ini.

Justeru itu, UnIPSAS bersama MPPUnIPSAS telah mengadakan perbincangan sebagai titik permulaan usaha sama dalam memberi kesedaran keapada masyarakat tentang bahaya rasuah khusus kepada golongan belia mahasiswa.

Perbincangan yang diadakan di Dewan Senat UnIPSAS itu telah dihadiri oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, YBhg. Puan Norhayati Nordin, Pensyarah Kanan UnIPSAS yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan NGO Rasuah Busters Pahang, YBhg. Encik Wan Emril Nizam bin Wan Embong. Manakala dari pihak MPPUnIPSAS telah diwakili oleh Presidennya Saudara Ali Imran bin Hassan, Timbalan MPPUnIPSAS, Saudari Aina Batrisyia binti Roslaziha dan beberapa exco yang lain.

Hasil daripada satu jam perbincangan tersebut, MPPUnIPSAS telah dilantik sebagai rakan kongsi strategi bersama Gabungan NGO Rasuah Busters. Selain itu juga, Naib Canselor bersetuju menjadikan UnIPSAS sebagai pusat untuk kolaborasi bersama Rasuah Busters dan pakatan strategi bagi program seminar Environmental, Social, and Governance (ESG) dari perspektif Islam dan dialog integriti.

Dalam pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, YBhg. Puan Norhayati Nordin memuji komitmen UnIPSAS menyertai audit AIGA (Integrity Governance and Anti – Corruption Awards), audit Anti – Bribery Management System dan Pematuhan ISO Syariah dalam pentadbiran universiti.

Semoga usaha murni ini sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak agar dapat dipraktikkan dalam urusan harian dalam apa jua keadaan serta pantas menyalurkan kepada masyarakat awam tentang bahayanya amalan rasuah yang boleh menghancurkan negara dan jati diri.

Mahrajan 2022 Serlahkan Keterampilan Pelajar UnIPSAS

25 – 27 Jun 2022, Kuantan – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 yang disertai oleh muallaf dari kalangan orang asal.

Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al – Quran, hafazan, syarahan, azan dan iqamah, serta nasyid, termasuk acara sukan seperti pertandingan bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

Acara tiga hari itu yang bertempat sepenuhnya di kampus UnIPSAS, telah diurusetia secara bersama pegawai daripada MUIP, JAIP serta kakitangan dan pelajar UnIPSAS.

Seramai 25 orang pelajar UnIPSAS telah diberi peluang menimba pengalaman menjadi urusetia dari mula pendaftaran sehingga tamat program.

Peluang mengacara majlis, menjadi juri penilai, mengurus acara, dan pelbagai lagi adalah merupakan pembelajaran luar kelas yang penting dalam meningkatkan kemahiran insaniah.

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor pada 27 Jun 2022 telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan diiringi oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

#kemenjadian

#keterampilan

#kebajikan

Tetap Kebanggaan Kami, Semoga Terus Berjaya

16 Jun 2022, Johor Bahru – Kehangatan Majlis Tilawah & Hafazan Al – Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2022M diteruskan lagi dengan bacaan yang disampaikan oleh peserta Qariah mewakili negeri Pahang yang juga merupakan Mahasiswi UnIPSAS, Saudari Siti Fatimah binti Mohd Noor, pelajar Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan.

Beliau telah memperdengarkan bacaan dari Surah Al – Kahfi, juzuk 16, ayat 46 dan juga peserta pertama pada malam itu.

Majlis bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru itu telah dihadiri orang ramai seawal jam 8.00 malam. Turut hadir memberi sokongan dan juga wakil rasmi warga UnIPSAS, adalah Penolong Pendaftar Jabatan HEPA, Encik Abi Sofian bin Abd Aziz.

Beliau juga sempat menyantuni warga Johor khususnya pelajar sekolah agama yang hadir sekaligus memperkenalkan UniPSAS

Turut disantuni seorang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor bahagian pendidikan yang memberikan respon positif dengan pertanyaan-pertanyaan berkaitan program pasca siswazah.

Keputusan dan penyampaian hadiah kepada Qari dan Qariah telah berlangsung keesokan harinya pada 17 Jun 2022 (Jumaat) yang telah disampaikan oleh Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Meskipun belum rezeki membawa gelaran Johan Qariah bagi Peringkat Kebangsaan kali ini, beliau terus tetap bersemangat dan akan menambah baik mutu bacaan pada masa akan datang.

Kami warga UnIPSAS terus menyokong usaha beliau selama ini dan pada masa akan datang. Anda tetap kebanggaan kami dan sebagai pemangkin aktiviti tilawah Al – Quran di bumi barakah UnIPSAS ini.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

9 Jun 2022, Pekan – Begitulah takdir yang terjadi kepada pelajar Diploma Pengajian Media Islam, UnIPSAS Saudara Ahmad Romadhan bin Sakrni, bapanya telah ditimpa serangan angin ahmar (strok) dan hilang keupayaan untuk bekerja dan menguruskan diri. Lebih sulit lagi, adiknya juga yang dikategorikan sebagai autisme turut tidak mampu menguruskan diri.

Keluarganya hanya bergantung dengan pendapatan ibunya yang bekerja sebagai guru agama dan sedikit bantuan berbentuk baucar RM200 dari Pasaraya Darul Makmur (Makmur).

Bagi membantu meringankan beban yang dialami oleh keluarga beliau, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menyerahkan sumbangan yang disampaikan oleh Penolong Pendaftar Jabatan HEPA, Encik Abi Sofian bin Abdul Aziz

Kami seluruh warga Jabatan HEPA mendoakan semoga apa yang dilalui oleh Saudara Ahmad Romadhan dipermudahkan segala urusan dan mendapat kesembuhan yang segera.

Bengkel Pelan Strategik UnIPSAS 2022

12 Jun 2022 (KUANTAN)- Bengkel Pelan Strategik UnIPSAS 2022 – 2026 dengan jayanya diadakan pada 11-12 Jun 2022, Bertempat di Swiss-Belhotel, Kuantan.

Bengkel dikendalikan oleh Dato’ Dr Saharuddin Bin Dato’ Abdul Hamid merupakan Ahli Lembaga Pengelola UnIPSAS dan pemandu kepada Pelan Strategik UnIPSAS.

Bengkel yang telah diadakan selama 2 hari ini adalah bertujuan bagi memastikan pemurnian halatuju setiap pusat tanggungjawap sejajar dengan Perancangan Strategik dan Pembangunan Pelan Tindakan UnIPSAS.

UnIPSAS Tandatangani Mou Dengan KITAB

26 MEI 2022 (GEORGETOWN) – UnIPSAS menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Majlis pertukaran dokumen perjanjian diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Penang Islamic Digital Library (PIDL) dan al-Hady Centre (AHC) serta Sambutan Jubli KITAB.

MoU yang ditandatangani di antara kedua-dua pihak memberikan tumpuan kepada kerjasama dalam aktiviti-aktiviti akademik, penyelidikan dan program pelajar.

Pertukaran dokumen perjanjian dilaksanakan oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin bersama Rektor KITAB, YBrs. Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri.

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi

#mou#kerjasama#kitab#penang#unipsas#unipsasbumibarakah

Tautan Mahabbah Aidilfitri UnIPSAS 2022

24 Mei 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS menganjurkan Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri 2022 pada hari ini bertempat di Dewan Sultan Ahmad Shah.

Majlis yang bermula jam 10.00 pagi dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Pengelola, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Agensi, Badan Berkanun, Pengetua Sekolah, Pemimpin NGO dan Yayasan, Mantan Presiden dan Rektor KIPSAS/KUIPSAS, penjawat awam dan swasta, Anggota Kerja UnIPSAS serta siswa dan siswi.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Semoga majlis ini diberkati dan mengukuhkan lagi silaturrahim di antara UnIPSAS dengan semua pihak.

#aidilfitri2022#unipsas#unipsasbumibarakah

– – –

Permohonan kemasukan pelajar baharu sedang dibuka di www.unipsas.edu.my

– – –

Ikuti UnIPSAS di Telegram : t.me/unipsas | Instagram : instagram.com/unipsasofficial | Twitter : twitter.com/unipsasofficial

Lawatan Penanda Aras IPGKSM

18 MEI 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS hari ini menerima Lawatan Kunjung Hormat dan Lawatan Penanda Aras daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Terengganu.

Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Dr. Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah IPGKSM itu diadakan di Dewan Senat UnIPSAS.

Delegasi IPGKSM seramai 7 orang tersebut telah disambut oleh YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS sambil diiringi oleh YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) bersama YBrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abd. Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat kepakaran dalam penerbitan jurnal secara online, Online Jurnal System (OJS) daripada pihak UnIPSAS.

Di antara intipati lawatan ini adalah taklimat berkaitan Pusat Pengurusan Penyelidikan yang disampaikan oleh Pengarahnya, YBrs. Dr. Fahmi Zaid bin Abd Razak, penerangan berkaitan jurnal UnIPSAS oleh Cik Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali, Ketua Jabatan Penerbitan dan Pemasaran, keperluan teknikal OJS oleh Puan Norfaziah binti Mohd Rejab, Pegawai Teknologi Maklumat dan pengurusan OJS oleh Cik Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail, Webmaster OJS.

Semoga lawatan ini dapat mewujudkan kerjasama yang baik di antara UnIPSAS dan IPGKSM.

#penandaaras#benchmarking#kunjunganhormat#unipsas

– – –

Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu sedang dibuka di www.unipsas.edu.my

– – –

Ikuti UnIPSAS di Telegram : t.me/unipsas dan Twitter : twitter.com/unipsasofficial

en_GBEnglish