30 Jun 2020 (PUTRAJAYA) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin hari ini menyertai delegasi dari Negeri Pahang untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Datuk Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabatnya di Putrajaya.
Delegasi dari Negeri Pahang terdiri daripada YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin, Ahli Dewan Negeri Pahang Kawasan Dong, YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Hamdan bi Hussin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuatan (MPK) dan YH. Dato’ Shahid bin Ismail, Pegawai Daerah Raub.
Pertemuan diadakan bertujuan untuk mengemukakan mengemukakan permohonan pembinaan kampus Darul Quran JAKIM di daerah Raub, pembinaan Masjid Terapung di bandar Kuantan dan pembinaan masjid di Pulau Tioman.