Bengkel Pembangunan Kurikulum Sarjana TESL

Date: 28/11/2019

27 November 2019 (KUANTAN) – Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAFS) KUIPSAS hari ini mengadakan Bengkel Pembangunan Kurikulum bagi program pengajian Sarjana Pendidikan dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Master of Education in Teaching English As A Second Language). Bengkel selama sehari ini bertujuan untuk menggubal kurikulum program ini sebelum mengemukakan dokumen permohonan kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi FOLAFS KUIPSAS menawarkan program pengajian baharu ini pada masa depan.

Bengkel dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Melor Md Yunus (UKM) dan Dr. Azwin Arif Abdul Rahim (UMP) serta dihadiri oleh pensyarah-pensyarah FOLAFS. Dalam Majlis Penutupan bengkal, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin telah menyampaikan surat pelantikan sebagai panel akademik kepada kedua-dua panel jemputan yang turut disaksikan oleh Dekan FOLAFS, YBrs. Prof Madya Dr. Jelani Bin Sulaiman.

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok