Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) & Kolokium Dakwah Antarabangsa

Date: 02/06/2023

02 Jun 2023 (KUANTAN) – Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) & Kolokium Dakwah Antarabangsa telah melabuhkan tirainya pada 1 Jun 2023 (Khamis) melibatkan 15 hari pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan anjuran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar Raniry, Banda Aceh. Program seperti Lawatan ke Nasyrul Quran, Kuliah Dhuha, Menyantuni Anak Yatim Permata Camar, Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Besar Pahang, Program Ziarah Mahabbah di Kg. Orang Asli Sg. Ruil, Taklimat Dakwah PERKIM, Program Kerohanian Pemantapan Bina Insan Sek. Men. Agama Rompin, Program Anak Angkat serta Mini Forum di Felda Bukit Tajau, Maran, Program Komuniti Kg. Parit Baru, Sabak Bernam, Lawatan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor dan Kolokium Dakwah Antarabangsa dilaksanakan dengan baik dan sempurna serta mencapai objektif yang disasarkan.

Menurut Dr. Abizal M. Yati, Ketua Program Studi, Managemen Dakwah, merangkap Ketua Delegasi UIN Ar Raniry, Banda Aceh, program ini memberi kesan mendalam kepada kedua-dua buah universiti: “Selama 15 hari ini benar-benar telah mempererat hubungan ukhuwah Islamiyah antara mahasiswa dan pensyarah UIN Ar-Raniry dan UnIPSAS, banyak ilmu dan pengalaman berharga yang kami dapatkan. Sangat membekas di hati kami kebaikan dan khidmat yang tulus ikhlas dari saudara-sadara kami di UnIPSAS”.

Keterujaan penglibatan dalam program ini turut dizahirkan oleh salah seorang mahasiswa UIN Ar Raniry, Banda Aceh, Saudara Irwandi MJ. Menurutnya “Program Operasi Khidmat Masyarakat ini merupakan satu bentuk kegiatan yang dicanangkan untuk penyebaran dakwah melalui pengabdian terhadap mad’u yang dituju oleh Fakultas Dakwah Dan Komunikasi UIN Ar-Raniry Banda Aceh bekerjasama dengan UnIPSAS dalam rangka penyelenggaraan ini, Kegiatan ini sangat bermanfaat bagi Mahasiswa dan Mahasiswi untuk menambah ilmu dan pengalaman baru. Alhamdulillah kegiatan yang berlangsung 15 hari ini tuntas dilaksanakan dengan lancar dan sukses. Kami UIN Ar-Raniry Banda Aceh menunggu teman-teman UnIPSAS untuk Ke Aceh dan melakukan dakwah di sini”.

Diharap dengan penganjuran program ini membolehkan UnIPSAS mencapai sasaran KPI (Penganjuran Program Mobiliti Pelajar) melalui Pelan Strategik UnIPSAS 2022-2026 di samping dapat menghasilkan mahasiswa UnIPSAS yang proaktif serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok