Jubli Perak Disambut Sederhana Penuh Bermakna

Date: 26/08/2021
26 OGOS 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS menyambut Ulang Tahun ke-25 dengan menganjurkan Sambutan Jubli Perak selama dua hari bermula hari ini. Sambutan dimulakan dengan Majlis Tahlil Dan Doa Selamat yang diadakan di Masjid KUIPSAS.
Majlis yang mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama dan keselamatan ini dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah SPIPSB, Ahli-Ahli Lembaga Pengelola KUIPSAS, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KUIPSAS Holdings Sdn. Bhd., para alumni, tetamu jemputan, warga KUIPSAS dan ahli kariah Masjid KUIPSAS.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah, Solat Sunat Hajat dan diikuti dengan Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak Berjemaah. Solat dan Bacaan Yaasin diketuai oleh Imam 2 Masjid KUIPSAS, Ustaz Mohd Farid Faizul bin Othman.
Sambutan Jubli Perak KUIPSAS bertemakan “KUIPSAS Bumi Barakah” telah dirancang sejak setahun yang lalu dengan acara-acara secara bersemuka. Namun disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 masih melanda, sambutan diadakan secara sederhana dan diringkaskan kepada tiga acara sahaja.
Sambutan Juli Perak ini sangat bermakna kerana menjadi bukti keteguhan KUIPSAS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi di samping pada tahun 2021 ini juga KUIPSAS telah berjaya dinaikkan taraf sebagai sebuah Universiti Penuh.
Acara-acara sambutan ini dilaksanakan secara norma baharu dan disiarkan secara langsung di Facebook KUIPSAS.

Secara Langsung Di Facebook Page KUIPSAS :

crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok