Lawatan Prihatin Ke SMA Al-Falah Batu Talam

14 Julai 2020 (RAUB) – KUIPSAS mengadakan Lawatan Prihatin pada hari ini ke Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub bagi meninjau keadaan Asrama Putera yang terjejas kerana musibah kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan KUIPSAS.

Lawatan telah disambut oleh Pengetua SMA Al-Falah, En. Hasanuddin bin Md Isa dan guru-guru sekolah berkenaan. Dalam lawatan tersebut, delegasi KUIPSAS telah diberikan penerangan oleh Pengetua sebelum melihat kesan kerosakan akibat kebakaran yang berlaku kepada blok asrama tersebut. Delegasi KUIPSAS juga dibawa melawat ke lokasi penempatan sementara pelajar lelaki di Dewan Makan dan Dewan Sekolah.

Sebagai tanda keprihatinan KUIPSAS terhadap musibah yang melanda, Rektor KUIPSAS telah menyerahkan sumbangan berupa wang tunai termasuk kutipan Solat Jumaat di Masjid KUIPSAS yang merupakan hasil sumbangan orang ramai.

Lawatan turut disertai oleh sebahagian ahli KUIPSAS Riders Club (KRC) untuk menghulurkan sumbangan tenaga melakukan kerja amal membantu pihak sekolah menyusun atur asrama sementara di Dewan Sekolah bagi menerima kemasukan semula pelajar sekolah ini pada minggu hadapan.

#kebakaranasrama #smaalfalahbatutalam #raub #afiss #sumbangan #kuipsas #kuipsasbumibarakah

 

Ziarah Mantan Presiden Alumni Hadapi Ujian Kesihatan

21 Jun 2020 (KUANTAN) – Wakil Persatuan Alumni KUIPSAS menziarahi Prof. Madya Dr. Muhamad Zaid bin Ismail yang kini menjalani rawatan kimoterapi berikutan kanser pangkal hidung yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Prof. Madya Dr. adalah pelajar KUIPSAS ambilan pertama & kini berkhidmat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu.

Wakil persatuan turut menyampaikan sumbangan kepada Ybhg. Prof. Madya Dr. bagi meringankan beban yang dihadapi.

Semoga Ybhg. Prof. Madya Dr. diberikan kekuatan & kesembuhan untuk kembali menabur bakti pada anak bangsa.

 

Kumpulan Terbesar Pelajar Dihantar Pulang

12 Mei 2020 (KUANTAN) – Misi ke-8 Penghantaran Pulang Pelajar dari asrama ke kampung halaman menyaksikan jumlah terbesar pelajar terlibat iaitu seramai 43 orang. Semua pelajar ini akan pulang ke negeri Sabah. Misi ke-8 ini dilaksanakan dengan penyelarasan bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebelum mereka dihantar terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.
Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin bersama Pegawai Pengurusan Kanan turut hadir dalam sesi pemeriksaan dan taklimat akhir yang diadakan di Dewan Barakah KUIPSAS.
Terdahulu sebelum ini, Misi ke-7 melibatkan seorang pelajar yang dihantar pulang ke Kota Bharu, Kelantan. Sebaik sahaja sampai di Kota Bharu, pelajar telah diserahkan kepada ahli keluarga yang disahkan oleh Pegawai Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Covic-19 : MUIP Salur Bantuan Kepada Kakitangan KUIPSAS

8 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada 44 orang kakitangan KUIPSAS dan Akademi Naluri Sdn. Bhd. yang memenuhi kriteria ditetapkan. Semoga sumbangan ini dapat membantu kakitangan tersebut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini. Terima kasih MUIP.

 

Serahan Fasa Kedua Face Shield

6 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS membuat serahan fasa kedua pelindung muka (face shield) sebanyak 1,000 unit lagi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada hari ini. Pelindung muka yang disiapkan dalam masa 2 hari itu disediakan secara bersama oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta sukarelawan yang tinggal di asrama.

 

Covid-19 : Pelajar KUIPSAS Turut Hasilkan Pelindung Muka

BERITA»Wilayah | Sabtu, 4 April 2020 | 12:28pm
Mohd Rafi Mamat | bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seramai 20 penuntut tajaan Yayasan Sabah di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini, memanfaatkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Seorang daripadanya, Syahira Asnerra Asan, 21, berkata fasa pertama penyediaan pelindung muka lebih 1,000 unit disiapkan minggu lalu dan kali ini 1,000 lagi akan sediakan dalam masa tiga hari.

“Aktiviti menghasilkan alat berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam, Ini sahaja pengorbanan kami berikan kepada negara ketika ini, menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan,” katanya yang belajar dalam Jurusan Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak, di sini, hari ini.

Rakannya, Nor Aaifah Aziri, 21 berkata, turut berbangga menjadi sukarelawan menghasilkan pelindung muka untuk barisan petugas hadapan sekali gus membantu mengurangkan kes penularan COVID-19.

“Saya setiap hari berdoa semoga pihak bertugas barisan hadapan sentiasa dilindungi dan mempunyai semangat juang yang tinggi,” katanya yang belajar dalam Jurusan Dakwah dan Pengurusan.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KUIPSAS, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima barangan untuk membuat pelindung muka daripada kerajaan Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan Pahang.

“Pihaknya diberi peluang menyediakan lebih 2,000 pelindung muka membabitkan dua peringkat, kami sedia menerima tanggungjawab berkenaan selepas ini.

“Seramai 20 penuntut Sabah yang tidak dapat pulang ke kampung dibantu beberapa kakitangan KUIPSAS bergotong-royong menghasilkan produk itu,” katanya.

Sumber berita : https://www.bharian.com.my/…/covid-19-pelajar-kuipsas-turut…

Kapsyen gambar : Syahira Asnerra (kanan) dan Nor Aaifah menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan mereka untuk petugas barisan hadapan. – Foto Mohd Rafi Mamat

Kerajaan Negeri Pahang Biasiswa Yayasan Sabah

 

Syahira Asnerra (kanan) dan Nor Aaifah menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan mereka untuk petugas

barisan hadapan. – Foto Mohd Rafi Mamat.

Serahan 600 Lagi Face Shield

2 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini membuat serahan 600 lagi pelindung muka (𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘴𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Serahan ini melengkapkan tugasan fasa 1 di bawah penyelarasan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang menetapkan KUIPSAS untuk menyediakan 1,000 unit pelindung muka tersebut.

Semoga bantuan yang diberikan oleh KUIPSAS dan sukarelawannya akan dapat melancarkan lagi gerak kerja petugas-petugas kesihatan barisan hadapan di fasiliti-fasiliti kesihatan dalam negeri Pahang ini.

 

KUIPSAS Serah Face Shield Kepada Jabatan Kesihatan

01 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menyerahkan 400 unit pelindung muka (𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘴𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di lobi jabatan itu hari ini. Pelindung muka ini disediakan selama dua hari oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sambil dibantu oleh sukarelawan pelajar KUIPSAS.

Serahan pelindung muka ini dilakukan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan)
JKNP, YH. Dato Khairur Rizal bin Ramli. Pelindung muka ini akan digunakan oleh petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang setiap hari memerlukan peralatan yang lengkap bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada masa ini.

 

KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘𝘍𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘵𝘭𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.

Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. ‘𝘍𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥’ yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘵𝘭𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴’.

Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

 

Rektor Ziarahi Pelajar Penghuni Rumah Sewa

26 Mac 2020 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menziarahi pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Kuantan. Ziarah diadakan untuk melihat sendiri keadaan semasa pelajar-pelajar bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dijaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

#rumahsewa #kuipsas #perangicovid19 #dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kuipsasdihatimu #kuipsasbumibarakah

 

ms_MYMalay