Majlis Konvokesyen Asasi Sastera dan Asasi Sains Kemanusiaan
14 Mac 2023 (KUANTAN) -Seramai 103 graduan Asasi Sains Kemanusiaan dan Asasi Sastera diraikan dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan pada 14 Mac 2023 di Dewan SAS, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Majlis konvokesyen yang julung kali diadakan ini menggabungkan empat sesi pengajian dari tahun 2019 hingga 2021 susulan penularan pandemik Covid 19.
YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS telah menyempurnakan penganugerahan sijil serta menyampaikan anugerah kepada graduan cemerlang. Lebih 80 peratus dari graduan Asasi ini telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang pengajian di UnIPSAS.
Kejohanan Bowling Piala Naib Canselor UnIPSAS 2023
12 Februari 2023 (KUANTAN) – Buat julung kalinya, BAKKIP UnIPSAS menganjurkan Kejohanan Bowling Piala Naib Canselor 2023. Seramai 60 Anggota kerja UnIPSAS mengambil bahagian. Ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi BAKKIP, YH Dato Dr Hj Ahmad Munawar bin Abdul Jalil dan seterusnya dirasmikan oleh Naib Canselor UnIPSAS YH Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. ” Saya amat bangga kerana (BAKKIP) menganjurkan program seperti ini dan menggunakan tulisan jawi pada kain rentang kojohanan bowling. Menang atau kalah bukanlah matlamat utama, tetapi ukhwah dan silaturrahim sesama anggota kerja dapat dipupuk melalui kejohanan sukan seperti ini.”
Naib Canselor UnIPSAS mengucapkan tahniah kepada semua peserta . Senarai pemenang adalah seperti berikut :
Kategori individu lelaki : Johan : Muhamad Sokri Bin Husain Naib Johan : Mohd safuan Bin Arifin Ketiga : Mazlan Bin Sulaiman
Kategori individu wanita : Johan : Zarina Kamaruzaman Naib johan : Nurin Izzati Ketiga : Khadijah
Kategori berkumpulan lelaki : Johan : Mohd safuan Bin Arifin, Hafizan, Mohd Hafiz Naib johan : Mazlan Bin Sulaiman, Hishamudin, Zamhana Ketiga : Muhamad Sokri Bin Husain, Dr Fahmi Zaidi, Razif
Kategori berkumpulan wanita : Johan : Zarina Kamaruzaman, Nur Elyana, Syarifah Fazilla Naib Johan : Nurin Izzati, Siti Mariam, Nurul Afzan Ketiga : Nur Diyana, Faizan, Yusliha
BANJIR : Status Semasa Keadaan Pelajar di Kampus UnIPSAS Terkawal
07 Februari 2023 (KUANTAN) – Situasi banjir di kampus asrama UnIPSAS adalah terkawal dan air sudah mula surut buat masa ini.
Sejak amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa, para pelajar di asrama telah dipindahkan ke tingkat atas. Setakat ini tiada laporan kemalangan berkait pelajar.
Kebajikan pelajar adalah menjadi keutamaan UnIPSAS. Justeru pelajar UnIPSAS akan ditaja makanan mereka sepanjang musibah yang menimpa.
Mangsa banjir telah diberi makanan percuma sejak malam semalam. InsyaAllah hari ini (Selasa 7 Feb 2023) makanan akan mula diedarkan kepada pelajar di Dewan Barakah jangkaan bermula jam 10.30 pagi).
Buat masa ini tiada keperluan untuk memindahkan pelajar-pelajar ke Pusat Pemindahan.
Pelajar-pelajar yang mengalami sebarang permasalahan boleh terus menghubungi pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Pihak HEPA juga memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam pengurusan bencana di asrama.
Segala kesulitan amat dikesali
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi En. Abi Sofian (Penolong Pendaftar HEPA) di talian 0136288144
HEPA UnIPSAS 9.28am 7 Feb 2023
Ketua Pegawai Eksekutif MQA Rasmi Majlis Anugerah Akademia UnIPSAS 2022
26 Jan 2023 (Kuantan) – UnIPSAS buat julung kalinya menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran ke Majlis Anugerah Akedemia UnIPSAS 2022.
Majlis Anugerah Akademia UnIPSAS merupakan program tahunan yang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli akademik UnIPSAS yang cemerlang. Penilaian anugerah ini dilakukan berdasarkan beberapa kriteria utama yang telah ditetapkan. Seramai tujuh (7) orang pensyarah daripada pelbagai bidang kepakaran telah menerima anugerah yang dipertandingkan.
Prof. Dato’ Dr. Shatar juga telah berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para pelajar UnIPSAS tentang keperluan dan kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa/I dalam menempuh alam pekerjaan. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau adalah:
– Pencapaian akademik yang tinggi bukanlah fokus semata-mata, tetapi mestilah mempunyai kemahiran dalam 3 bahasa.
– Kemahiran yang perlu digilap dari mula menjadi pelajar IPT adalah kemahiran Critical Thinking & Problem Solving.
Secara keseluruhannya, pelajar perlulah peka dengan perubahan zaman semasa. Di era digital ini, majikan boleh menilai karakter dan emosi pelajar hanya menggunakan media sosial sahaja.
Kursus Menangani Pelanggan Yang Beremosi
17 Januari 2023 (KUANTAN) – Jabatan Sumber Manusia UnIPSAS telah menganjurkan “Kursus Menangani Pelanggan Yang Beremosi” selama 2 hari di Hotel Swiss Bell, Kuantan. Kursus ini melibatkan seramai 70 orang kakitangan sokongan dari pelbagai unit pengurusan di UnIPSAS.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan fokus urus kerja Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) terutama dalam mengendalikan pelanggan yang beremosi.
Pelbagai tip menarik telah dikongsikan oleh penceramah jemputan, iaitu En. Arwan bin Aziz yang merupakan seorang pakar dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Keterlibatan En. Arwan bin Aziz dijemput sebagai tetamu jemputan di siaran TV Borak Kopitiam, Astro 501 membuktikan kehebatan beliau dalam bidang ini. Ditambah pula dengan kejayaan beliau mendapat anugerah ‘best seller’ hasil dari penjualan buku ‘syoknye kerja kita’ pada tahun 2018.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Zawavi Bin Zainal Abidin.
UnIPSAS Terima Perak Anugerah Pahang 1st
29 DISEMBER 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS diumumkan pemenang Perak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Sektor Perkhidmatan) Sempena Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Anugerah disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail dan diterima oleh Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
Anugerah berprestij ini merupakan satu pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri kepada organisasi kerajaan meliputi jabatan, agensi, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan dan mempamerkan produktiviti serta kualiti pada tahap yang tinggi.
Turut hadir adalah barisan Pengurusan Kanan UnIPSAS dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM2,000.00.
Tiada Ncr Dalam Audit SIRIM
20 DISEMBER 2022 (KUANTAN) – Audit Pematuhan SIRIM yang berjalan selama 2 hari telah selesai dengan mencatatkan tiada penemuan ketidakpatuhan yang dilaporkan.
Audit dijalankan bertujuan untuk menyemak pematuhan kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan Pensijilan MS 1900 : 2014 dan ISO 9001 : 2015.
Pasukan Auditor SIRIM yang diketuai oleh Hjh. Hanida Bt. Ghazali dan dibantu oleh En. Mohd Hisyam Bin Mahadi turut melaporkan 6 Peluang Penambahbaikan bagi memastikan UnIPSAS akan dapat memperbaiki mutu perkhidmatannya.
Audit yang dijalankan telah memberikan tumpuan kepada skop Rekabentuk dan Pembangunan Program, Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dan Proses-Proses Sokongan kepada semua program Diploma yang ditawarkan di UnIPSAS.
Mahasiswa Sabah Hadiri Ramah Mesra
18 DISEMBER 2022 (KUALA TERENGGANU) – Seramai 10 orang mahasiswa dan mahasiswi UnIPSAS yang berasal dari negeri Sabah telah menghadiri Majlis Ramah Mesra YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Dan Penyelarasan Sabah Bersama Mahasiswa/Mahasiswi Sabah IPT Zon Timur.
Majlis yang diadakan di Raia Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu itu dikendalikan oleh Puan Bahiwata Sayangan Binti Haji Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah selaku wakil kepada YB. Menteri.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), En. Abi Sofian bin Abdul Aziz (Penolong Pendaftar HEPA) dan En. Muhd Ilham bin Ciding (Penyelaras Kelab Borneo).
Audit Kualiti Dalaman Selesai
02 DISEMBER 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS selesai menjalankan Audit Kualiti Dalaman selama 2 hari yang melibatkan semua Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) bagi tahun 2022.
Program audit kualiti dalaman ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2014 dan MS ISO 9001:2015.
Dalam Mesyuarat Penutupan Audit, Ketua Auditor telah membentangkan penemuan audit merangkumi 8 Laporan Ketakakuran (NCR) dan 18 Peluang Penambahbaikan (OFI).
UnIPSAS Terpilih Ke Peringkat Akhir Anugerah Pahang 1ST
1 DISEMBER 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS hari ini menerima Sesi Lawatan Penilaian Akhir Anugerah Pahang 1st yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang melalui Unit Korporat.
Sesi Penilaian ini dilakukan kerana UnIPSAS telah terpilih ke peringkat penilaian akhir Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC).
Anugerah tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan insentif kepada Jabatan Negeri, Agensi dan Badan Berkanun di Negeri Pahang bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang serta secara tidak langsung sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Sesi Penilaian yang diadakan di Dewan Senat UnIPSAS itu diketuai oleh Puan Waila binti Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Beliau dibantu oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad bin Mat Noor (Pensyarah Kanan UMP), En. Mohd Norishamuddin bin Mohd Rosli (Pegawai Tadbir Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang), Dr. Noor Aishah binti Hj. Hassan (Pengurus Kanan MPC Wilayah Timur) dan En. Mohd Azhar bin Zainuddin (Penolong Pengurus MPC Wilayah Timur).
Turut hadir ialah Ts. Muhaimin Mustaqim bin Jamaludin dan pasukan urusetia daripada Unit Korporat Pejabat SUK Pahang.